Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai isu umat Islam
Setelah meneliti pelbagai isu dan juga pendapat para ulama dan cendiakawan serta pengamal undang-undang, kami berpendapat seperti berikut:
Perlunya rayuan dibuat dan kesungguhan dari semua pihak untuk mendaulatkan hukum dan fatwa yang telah diputuskan sementelahan lagi ianya berdasarkan nas syarak yang sarih lagi nyata. Alhamdulillah, tahniah kepada badan-badan yang terlibat hingga mampu mempertahankan Islam.
Memuliakan syara’ dan mematuhinya hendaklah mengatasi segala-galanya. Ia sekali-kali tidak boleh dihukum kepada hukum syara’ kerana ia datang daripada Rabb al-‘Alamin.
Islam telah menetapkan bahawa lelaki hendaklah menjadi lelaki begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan. Hikmah Allah dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsia-Nya kepada makhluk seperti manusia.
Beralasan dengan penyakit tertentu tidaklah boleh diterima dengan begitu mudah apatah lagi ia merupakan kesongsangan jiwa dan watak yang sepatutnya dihalang untuk menjadi golongan yang ketiga dalam masyarakat.
Kami berharap agar rasa takut kepada Allah dan perasaan dalam hati untuk mentaati perintah Allah SWT dengan sami’na wa ata’na (kami dengar dan kami taat) hendaklah sentiasa terpahat di dalam sanubari setiap umat Islam.
Hukum bukanlah diasaskan kepada logik akal semata-mata atau merasakan sebagai kebebasan hak setiap manusia tetapi dalam Islam hendaklah berpandukan wahyu Ilahi dan hadyun nabawi (petunjuk nabi). Inilah yang mesti difahami oleh umat Islam.
Jangan sesekali mencabar fatwa yang diputuskan oleh para ulama kerana mereka bukan mengeluarkan hukum sesuka hati mereka dan juga mahu kepada pengaruh atau harta benda dunia tetapi fatwa yang diberikan mempunyai asas sandaran dan sumber yang muktamad daripada Al-Quran, al-Sunnah, qiyas dan juga ijma’.
Menghormati para ulama adalah salah satu daripada ciri muslim dan mukmin yang baik. Kalaulah kita tidak menghormati ulama maka siapa lagi yang patut kita hormati.
Saya berharap dengan keputusan yang telah dikemukakan, marilah sama-sama kita menginsafi diri dengan melihat bahawa ini bukanlah lagi isu menang atau kalah tetapi sama-sama menghayati nas Ilahi dan Nabawi mengikut neraca syara’. Semoga dengan ini, hati kita dapat tunduk dan patuh kepada perintah-Nya dengan penuh keredhaan dan berjanji setia dengan kalimah karamah sami’na wa ata’na (kami dengar dan kami patuh).
Semoga kenyataan ini menjadikan kita bermuhasabah sebagai seorang mukmin yang taat dan patuh kepada perintah Allah. Marilah sama-sama kita mencari mardhatillah.
Akhukum fillah,
S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
http://www.muftiwp.gov.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=1820:siri-5-isu-transgender-tasyabbuh-atau-penyerupaan-hukumnya-edisi-kemaskini&catid=82&Itemid=408&lang=ms
MR : Kita kena ikut agama bukan ikut akal....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :
puok2 bengong lebih suka ikut kapir ulama di belakang
BalasPadamPuak munafik liberal mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi mentaliti, sikap dan perbuatan mereka adalah bercanggah dengan Islam kerana mereka menyokong, membela dan memperjuangkan kebebasan melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad dengan alasan bodoh konon setiap manusia mempunyai hak kebebasan individu.
BalasPadamPuak minafik liberal ini adalah lebih berbahaya dari puak kafir kerana mereka adalah musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut. Bahkan mereka berkerjasama dan bersekongkol dengan puak kafir harbi menentang dan menghina Islam dan umat Islam.
Mungkin sebilangan dari mereka telah murtad secara sulit @ rahsia maka mereka berani menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam secara terbuka.
SOLIDARITI UNTUK DR ILYANI MENEGAKKAN KEBENARAN DAN MENENTANG LGBT YANG SEDANG MENGANCAM MASYARAKAT !
BalasPadamhttps://www.gopetition.com/petitions/solidariti-buat-dr-ilyani.html
Sorry bang... sebab kita ikut akallah kita ikut ugama. Agama ini ialah untuk orang yang berakal. Bukankah Al Quran sudah bilang banyak kali bahawa agama ini ialah bagi mereka yang berakal ?
BalasPadamAllah telah memberikan akal kepada setiap manusia (kecuali orang gila) supaya mereka boleh membezakan dan memilih antara benar dan salah. Akal merupakan syarat yang harus ada dalam diri manusia untuk dapat menerima taklif (beban kewajiban) dari Allah S.W.T.
PadamAllah telah berfirman yang bermaksud:
"Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang)."
(Saad 38:43)
Perhatikan perkataan : "satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna"
Ahlus Sunnah sentiasa lebih mendahulukan naql (wahyu) dari ‘aql (akal) kerana dalil naqli ialah dalil-dalil yang bersumberkan dari Al-Quran dan Sunnah yang melibatkan akidah dll.
Oleh kerana manusia adalah hamba Allah yang sangat lemah maka kemampuan akal manusia juga mempunyai limit atau had:
Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia), dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi."
(Taha 20:110)
"Allah knows what is [presently] before them and what will be after them, but they do not encompass it in knowledge."(Taha 20:110)
Malangnya sebilangan manusia tidak menggunakan akal mereka untuk mencari kebenaran. Bahkan manusia bodoh sombong dan bongkak menghina dan menolak wahyu Allah kerana mereka menyangka akal mereka lebih hebat dan canggih dari wahyu Allah.
Jika mereka bergantung kepada akal sahaja, mereka akan menolak apa sahaja yang tidak boleh dikesan oleh deria mereka seperti syurga dan neraka dan kebangkitan di Padang Mahsyar dll. Maka mereka menjadi orang-orang yang rugi di dunia dan menyesal di akhirat.
Sesungguhnya Allah melaknat dan menghumbangkan mereka ke dalam neraka kerana mereka bertuhankan akal dan menolak perintah Allah dan RasulNya. Inilah yang sedang berlaku ke atas puak sekular liberal yang bertuhankan akal mereka sendiri.
Allah telah berfirman yang bermaksud:
Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
(Al-Mulk 67:10)
And they will say, "If only we had been listening or reasoning, we would not be among the companions of the Blaze."(Al-Mulk 67:10)
Al Hafizh Ibnu Katsir menjelaskan ucapan mereka, “Andai dahulu kami punya akal yang bermanfaat, andai kami mau mendengar kebenaran yang diturunkan Allah عَزَّ وَجَلَّ , pasti kami tidak akan kufur kepada Allah عَزَّ وَجَلَّ atau tertipu. Akan tetapi, kami tidak mempunyai pemahaman untuk tunduk pada ajaran-ajaran Rasul. Akan tetapi, kami tidak memiliki akal yang mengarahkan untuk mengikuti para Rasul”
Mereka yang tolak agama ialah mereka yang tidak berakal. Ini Allah jelaskan dengan terang dalam Al Quran. Tak cukup dengan itu , Allah bagi banyak contoh dari Kaum Luth sampai ke kaum Tsamud , kaum Aad dan kaum Madyan. Allah ceritakan kisah Nabi Musa dan Bani Israel..... mereka yang ada akal ialah mereka yang ikut agama. Mereka yang tinggalkan agama ialah mereka yang tidak ada akal dan mengkufuri nikmat Tuhan.
BalasPadamMufti Wilayah Persekutuan berkata:
Padam"Hukum bukanlah diasaskan kepada logik akal semata-mata atau merasakan sebagai kebebasan hak setiap manusia tetapi dalam Islam hendaklah berpandukan wahyu Ilahi dan hadyun nabawi (petunjuk nabi). Inilah yang mesti difahami oleh umat Islam."