Header Ads

ads header

Flash News

Perjuangan PAS yang dimaki


PAS telah menelusuri perjuangan yang panjang bersama agenda Islam ditengah kepesatan pembangunan jiwa insan yang terbina dengan sistem pendidikan sekular dan juga pembentukan biah acuan pemimpin yang bermazhabkan sistem penjajah.

PAS melalui jalan yang sangat sukar dan kadangkala begitu getir dengan tindakan dan serangan pembencinya, kecaman, tuduhan, fitnah malahan sehingga meragut nyawa, tanah perkuburan Kampung Parit Panjang, Kedah telah bersemadi kujuran 14 tubuh insan yang menjadi antara bukti begitu sadisnya perjalanan perjuangan PAS.

Diatas nama Islam PAS berjuang, diatas nama itulah juga PAS berhadapan dengan mehnah dan tribulasi perjuangannya. Pembencinya bagaikan pewaris hantu raya, silih berganti sejak PAS ditubuhkan sehingga kini, sepertinya tiada pernah sesaat mereka tidur atau berehat daripada menghisap darah hati dan jiwa ahli PAS.

Tuduhan purbakala bahawa PAS adalah penunggang agama, ortodoks, jumud dan sinetron ini bersambung sambung seperti tiada penghujung, pembawa fitnah terhadap PAS sepertinya hantu raya yang semakin gemuk, segar dan tegar dengan fitnah politik terhadap PAS walaupun tiada bukti.

Namun ayat-ayat Al Quran dan Hadis Nabi saw yang menjadi dasar perjuangan PAS adalah penawar paling mujarab untuk menghalau gangguan hantu fitnah tersebut, ahli PAS yang sentiasa di tarbiyyah dan ikhlas dalam perjuangan tidak terkesan dan sanggup bergelut mendepani cabaran musuh.

Kekuatan yang dimiliki oleh PAS bukan harta, bukan juga kerana kepakaran memfitnah musuh tetapi kerana Islam yang menjadi dasarnya dan juga kerana PAS dipimpin oleh mereka yang memahami Islam. PAS membina tembok kekuatan ahlinya untuk bersabar dan Istiqamah dalam perjuangan, tidak pernah berputus asa walau apa juga keputusan pilihanraya.

Hidupnya PAS kerana Islam, selagi Islam itu ada dan PAS tetap berpegang dengannya, maka PAS akan terus hidup dengan Islam. Melainkan jika PAS mencabut Islam itu dari dasarnya, jika PAS masih mengigit kuat Islam itu dengan gerahamnya, maka orang yang mengharapkan PAS itu mati pasti akhirnya akan mati akalnya.

URAJ


MR : Nabi pun kena maki....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



2 ulasan:

  1. perjuangan siapa yg tak dimaki? yg memaki tu plk siapa?pedulikan setan2 tu teruskan melangkah

    BalasPadam
  2. Kita menyokong parti Islam PAS pimpinan ulama Islam kerana PAS amat dibenci oleh puak munafik dan puak kafir kerana PAS berusaha gigih menegakkan Islam dan membela hak umat Islam walaupun PAS telah dan sedang diserang, dihina, diburuk-burukkan dan difitnah berulang kali oleh puak munafik dan puak kafir harbi yang amat bencikan Islam dan umat Islam.

    Imam Syafii berkata : Ikutilah Ulama Yang Di Benci Oleh Kaum Kafir Dan Orang-Orang Munafik.

    BalasPadam