Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan sedia lancar kereta nasional ke-3 menjelang 2020


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia melancarkan projek kereta nasional 3.0 menjelang 2020 sebagaimana dibayangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof, berkata kerajaan sekarang percaya langkah itu akan mencergaskan kembali industri automotif negara.

“Kami mencuba untuk mencergaskan dan mengembangkan industri ini memandangkan potensinya yang besar. Selain itu, pengeluar komponen kenderaan juga antara sektor yang memacu perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Konvokesyen Kolej Automotif TOC hari ini.

Terdahulu, Mohd Redzuan dalam ucapannya berkata, kerajaan memerlukan sokongan bagi industri ini, begitu juga dengan pengetahuan, kemahiran dan graduan berkemahiran untuk menjayakan cita-cita ini.

“Pada masa lalu, kita cuba mengembangkan industri ini dengan mewujudkan kereta kita sendiri, tetapi jelas, kita perlu bekerja seiring dengan masa.

“Ini memberikan banyak cabaran sebagaimana yang kita saksikan hari ini dimana Proton perlu berkompromi,” katanya.

Justeru, kata Mohd Redzuan, kerajaan akan menyempurnakan dan memperbaiki daripada “apa dan di mana yang salah”.

Dr Mahathir mengesahkan aspirasi membina projek kereta nasional ketiga dalam lawatannya ke Jepun pada Jun lalu selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei.

Perdana Menteri dilaporkan berkata kerajaan meninjau untuk membina kereta nasional 3.0 selepas Proton dan Perodua, memandangkan Proton menjalin perkongsian strategik dengan Zhejiang Geely Holding Group Co (Geely) dari China pada Mei tahun lalu.

Mohd Redzuan berkata, kerajaan boleh menjadi pemudah cara kepada graduan automotif untuk menjalankan latihan kerja di Jepun.

“Kami lebih dari gembira untuk melaksanakannya dan kita juga mempunyai rakan di Jepun yang sanggup menerima graduan kita untuk latihan kerja di sana,” katanya dan menambah langkah itu akan membantu industri automitif tempatan berkembang maju dan menjadi lebih berdaya tahan, terutama dalam sektor pengeluaran komponen kenderaan,” katanya.

Sektor automotif menyumbang 4% kepada keluaran dalam negara kasar pada 2017.


MR : Mahathir mana dengar pendapat orang....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


4 ulasan:

  1. Cukup2 lah kereta tmpatan. Dah 2 jenama pon.
    Proton yg ada pon tanggung kerugian setiap tahun smpi trpksa jual saham ke china.

    BalasPadam
    Balasan

    1. Kalo boleh berjanji projek ini TIDAK akan di bailout pada bila2 masa, rasanya OK lah.

      Jika GLC lain dapat 'hidup' berdikari tanpa apa2 bantuan, tidak ada sebab mengapa projek kereta yang baru ini tidak boleh berdikari seperti GLC2 kain.

      Cuba Elakkan berlaku seperti proton dulu dimana kerajaan terpaksa bailout hampir setiap tahun, yang berjumlah RM 15+ Billion

      Padam
  2. Banyak negara tak buat kereta nasional sendiri sebab kan kos dan memang jd bodoh asyik kerajaan nak kena pump dana @ bailout.sebab tu amerika,korea,jepun, itali,jerman dll semua nya syarikat swasta yg keluarkan kereta2 sebab kerajaan depa tak rasa nak perabih duit pun macam kerajaan malaysia evangelist yg asyik meratib 'hutang rm1 trilion,hutang rm1 trilion'.kroni mana yg bakal bertambah kaya?kroni baru yg mana yg akan jd orang billionair baru? Apa yg pengundi pakaturn nampak sampai undi depa menang pru14 ni?

    BalasPadam