Header Ads

ads header

Flash News

Kertas Pertuduhan Dah Siap, Kenapa Tak Dakwa Najib Lagi?


Tuan MindaRakyat,

Pada tahun 2015, ada dakwaan wujudnya satu kertas pertuduhan untuk mendakwa Najib bagi kesalahan kes 1MDB dan SRC International, menurut Sarawak Report, kertas pertuduhan itu telah disiapkan oleh Kavin Morris...

Menurut Sarawak Report lagi, kertas pendakwaan itu membolehkan Najib merengkok dalam penjara paling koman pun 10 tahun...

Ketika itu, jalan ceritanya nampak real, kertas pertuduhan sudah cukup membuktikan yang Najib mencuri duit aku, kau, korang dan duit seluruh rakyat Malaysia...

Maka di beritakan kepada kita semua, bila Najib dapat tahu yang kertas pertuduhan terhadap beliau telah disiapkan oleh pejabat AG, maka Ghani Patail pun telah di pencenkan oleh Najib menurut laporan Sarawak Repot ketika itu...

Najib di maki hamun oleh netizen bagai nak rak, Rafizi dan grombolan pemimpin pakatan tumpang semangkok termasuk PM #malaysiamemilih mengatakan Najib zalim tak guna, hampeh, penyamun, kleptokrasi dan pelbagai celaan dan nista...

Endingnya, Najib dijatuhkan hukum bersalah oleh Netizen, walau pun Mahkamah belum bersidang, sudahnya BN/Umno tumbang kerana dilihat menyebelahi pencuri duit rakyat...



Ok itu cerita tahun 2015...

Pada tahun ini pula, PM #malaysiabaru kata "Orang menanti bila kami akan menangkap (Datuk Seri) Najib Tun Razak? Ia bukan mudah. Kami perlu mencari bukti yang akan berdiri di mahkamah.

"Sekiranya keterangan itu tidak kuat dan dia didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka semua perkara yang telah kami lakukan akan dipersoalkan oleh rakyat," katanya ketika berucap pada jamuan makan malam bersama 250 rakyat Malaysia di Jepun pada Ahad malam. mstar online 11 Jun2018

Ok.. soalan aku mudah je dan aku hanya bertanya, kenapa susah sangat nak tangkap Najib? sedangkan pada tahun 2015 dulu sudah ada kertas pertuduhan terhadap Najib, kenapa tak gunakan balik kertas pertuduhan tu semula? kalau ada yang kurang boleh di tambah, apa ada hal, AG baru pro-kerajaan, Mahkamah dah clean dari machai Najib, begitu juga dengan PDRM dan SPRM, jadi dakwa je la pakai kertas pertuduhan tahun 2015 yang Kavin Morris buat tu, kan senang tak yah pening-pening nak cari bukti, Kavin dah prepair semua dalam kertas tu, jalan je la...

Ye dakk?


MR : Mahathir ni manipulasi memang cukup hebat, kalau tak takkan dia dapat jadi PM sebelaum 22 tahun. Semasa itu berapa orang pimpinan UMNO bawahnya kena 'sembelih' termasuk anak didiknya si Anwar. Lagi hebat Mahathir ramai bekas pimpinan PAS yang ada di AMANAH pun kena SEMBELIH...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


4 ulasan:


  1. *FAKTA BUKAN AUTA*

    1. KETUA HAKIM NEGARA
    - RICHARD MALANJUN

    2. KETUA PEGUAM NEGARA
    - TOMMY THOMAS

    3. TIM SPEAKER - DAVID
    NGA KOR MING LAWYER
    ANTI MUSLIM & MELAYU
    - ruj youtube - Mperkudakn
    Melayu Screw Melayu

    4. MENTERI KEWANGAN -
    JOSEPH LIM GUAN ENG
    AKAUNTAN

    5. MENTERI PERTAHANAN
    DIBONGKAR OLEH MOHD
    RAZALI BEKAS G17 DAP
    DILATIH OLEH
    MOSSAD ISRAEL &
    SU POLITIK LGE SBAGAI
    KHADAM DAP &
    DISAHKAN SYIAH OLEH 3
    GURU PONDOK DI
    PENDANG KEDAH.

    6. TIMB MENT
    PERTAHANAN - PAKAR
    STRATEGIK DAP
    LiEW CHIN TONG
    POLITICAL SCIENCE &
    STRATEGIST, AJK DAP
    PUSAT. KAFIRUN & SYIAH
    SUDAH BERTAPAK DLM
    ANGKATAN
    TENTERA MSIA - TIDAK
    PERNAH DLM SEJARAH

    7. AMANAH MENANG 10
    KERUSI PARLIMEN TAPI
    DIBERI 10 DLM KABINET
    - 5 MENTERI &
    5 TIMB MENTERI
    TMASUK 1 SENATOR
    PELIK BIN AJAIB
    (ADAKAH MRK INI
    DILANTIK SBAGAI
    PROXY DAP??)
    SEDANGKN PKR
    MENANG 49 KERUSI
    HANYA DIBERI 14
    KERUSI KABINET
    TMASUK TPM - 9
    MENTERI & 5 TIMB
    MENTERI ( KAFIRUN 3 -
    2 MENTERI & 1 TIM
    MENTERI).

    DAP MGUASAI 15
    KERUSI KABINET - 7
    MENTERI & 8 TIMB
    MENTERI

    PPBM DIBERI 12 KERUSI
    TMASUK PM - 6
    MENTERI & 6 TIMB
    MENTERI DLM KABINET


    KUASA POLITIK DLM KERAJAAN PH TETAP D KUASAI KAFIRUN DGN 66 KERUSI PARLIMEN (53%) DAN MELAYU BCAMPUR2 - LIBERAL, SEKULAR, ISLAM LIBERAL, SYIAH SEBANYAK 58 KERUSI PARLIMEN (47%). JGN TERTIPU DGN BILANGAN MELAYU D DLM KABINET KRN MRK HANYA DILANTIK SBG MENTERI & TIMB MENTERI TTAPI KUASA SBENAR ADALAH KERUSI PARLIMEN.

    SEBELUM PRU KE 14 DAH DIBERI NASIHAT DH DIBERI PANDUAN JIKA PH MENANG DAP YG BERKUASA TTPI MACAI2 MELAYU PH KATA UMNO CUBA MENAKUT2 KN PENGUNDI MEREKA DEGIL MEREKA NEKAD UTK JATUHKN KERAJAAN MELAYU YG BANYAK MEMBANTU AGAMA BANGSA TANAH AIR MEREKA TETAP YAKIN DAP LEBIH ADIL LEBIH ISLAMIK AKHIRNYA KINI KEMANA KH MEREKA2INI???...

    GEMBIRAKH MEREKA YG MENYOKONG YG MEMANGKAH PARTI PH???...

    WaALLAHU'ALAM...

    BalasPadam
  2. Sekarang UMNO BN baru sedar apabila tiada kuasa.. Ingatlah.. apa yg berlaku ada hikmah disebalik itu...

    BalasPadam
  3. Dakwaan yang dibuat pada 2015 adalah berlandaskan perseteruan politik. Dakwaan (aka gertakan) sebegini selalunya di lontarkan atas padang maya saja.

    Tuduhan sebegini kalau nak dibawak masuk kort, ia hanya boleh dibawa masuk ke dalam kenggaru kort atau kort maya saja.

    Sekarang dah berubah, pihak yang buat tuduhan, gertakan dan cabaran dah diberikan mandat untuk membuktikan kehandalan dalam padang yang nyata.

    Oleh itu penuduh tidak boleh lontar batu tapi sembunyi tangan. Tuduhan perlu dibuktikan menerusi saluran undang2.

    Itupun kalau tidak mahu dianggap kaki bola yang hebat di padang maya tapi rupa-rupanya kaki bangku di padang nyata.

    BalasPadam
  4. Jangan ungkit kertas pertuduhan tahun 2015 itu,jangan.nanti penyokong pakaturn malu, jawab pun "aa..aa..aaaa..".kesian sma diaorang la abang.dulu itu pakaturn sokong punya worang pegang ini screenshot kertas tuduh 2015 juga macam itu pegang hadis. Sekarang banyak suda menyesal la abang, bukan itu tuduh najib tapi ptptn kena bayar la,tol kena bayar la,minyak tarak turun rm1.50 la.banyak lagi la abang,mau cerita nanti suma pakaturn sokong punya worang ada kemaluan la.

    BalasPadam