Header Ads

ads header

Flash News

Ketua strategi BERSATU beri 6 sebab ragui klip audio ‘Anwar’


PETALING JAYA: Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM PPBM, Datuk Rais Hussin memberi 6 sebab beliau tidak percaya suara dalam beberapa klip audio pendek yang tersebar di media sosial hari ini, milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Katanya, ia jelas bukan kerja ketua umum PKR itu.

“Pertama, rakaman suara itu belum disahkan dari mana puncanya atau konteks.

“Kedua, ia dikeluarkan tanpa konteks dan ketiga, masa rakaman ini dibuat tidak diketahui.

“Keempat, ada elemen potong dan tampal kepada rakaman suara ini.

“Kelima, disebabkan masanya yang dekat dengan pemilihan PKR, sudah tentu ada niat jahat dalam menyebarkan rakaman itu.

“Keenam, ada teknik suara untuk meniru bermacam-macam suara manusia melalui perisian. Ada juga pelakon yang boleh ‘meniru’ suara sesiapa sahaja,” kata Rais kepada FMT hari ini.

Beliau berkata, 6 alasan itu cukup untuk menolak klip itu sebagai “kebenaran al-Quran”.

Yang peliknya semasa tersebar audio klik Nik Abdul Nik Abdul Aziz, mereka mempercayainya dan tidak pula dibahaskan 6 sebab sedangkan klik audio Nik Abdul tiada pengesahan punca, rakaman dibuat tidak diketahui, wujud elemen potong dan sama juga ada teknik peniruan.


Pemimpin PKR, termasuk isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menyifatkan klip audio itu sebagai palsu.

Dalam satu daripada rakaman itu, suara menyerupai Anwar kedengaran mengecam Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali sebagai barua Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengaku meminta Rafizi Ramli bertanding jawatan timbalan presiden PKR yang disandang Azmin.

Azmin sehingga kini belum mengumumkan sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya atau bertanding jawatan lain.

Klip audio itu dipercayai dirakam tidak lebih 3 hari kerana ia turut membangkitkan keputusan Dr Mahathir mengetuai Khazanah Nasional Berhad yang diumumkan Isnin lalu, susulan peletakan jawatan beramai-ramai ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan itu pada 26 Julai lalu.

“Dia lantik diri dia jadi pengerusi Khazanah. Apa ni, rakyat rugi, MAS rugi, Khazanah rugi.”

Satu lagi klip audio berbunyi: “Dulu dia tuduh saya liwat…dia jangan lupa, apa jadi pada kes forex dia RM30 bilion” merujuk kerugian dialami Bank Negara akibat urus niaga mata wang asing pada 1990-an, ketika Dr Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri.

Rais berkata, adalah baik untuk Anwar menjelaskan sama ada suara dalam rakaman audio itu miliknya.

“Anda tidak dapat sampai ke destinasi anda jika anda berhenti dan melemparkan batu pada setiap anjing yang mengetuk,” katanya, memetik Winston Churchill.

Mahathir sejak itu keluar untuk mengatakan bahawa dia tidak akan campur tangan dalam hal ehwal PKR dan menafikan bahawa dia telah bercakap negatif mengenai Anwar.

“Anda tidak akan sampai ke destinasi, jika anda berhenti dan melempar batu pada setiap ekor anjing yang menyalak,” katanya memetik kenyataan Winston Churchill.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan campur tangan dalam urusan PKR dan menafikan pernah bercakap buruk mengenai Anwar.


MR : Ini dipanggil hukum karma, selepas tuduhan kepada Nik Abdul keluar audio Mat Sabu dan kini keluar audio Anwar.. tidak mustahil akan keluar pula suara Mahathir sebagai penamat perang dalam PH....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


6 ulasan:

  1. Puak pakatan liberal-kafir harbi adalah kepala bapak munafik yang suka mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah untuk menghasut orang ramai membenci parti Islam PAS pimpinan dan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

    Dulu puak pakatan telah menfitnah pemimpin PAS dengan audio palsu dan puak pakatan menolak semua hujah logik da bukti yang boleh menimbulkan keraguan terhadap audio palsu tersebut.

    Malangnya hari ini puak pakatan memberikan pelbagai alasan karut marut tahap raja lawak untuk menolak audio yang mendedahkan skandal pakatan sendiri seolah-olah puak pakatan mempunyai mentaliti tadika.

    BalasPadam
  2. Ini kerja org dlm untuk mengugat pertandingan dalam pemulihan pkr. Apa motif si pencipta audio tersebut. Sapa penyebar. Mcm audio nik abdul si penyebar buat dakwaan buat sensasi buar tuduhan canang satu dunia akhirnya kata tak tahu itu suara sapa itu ciri2 munafik.

    BalasPadam
  3. Yang penting pakatan haprak perlu dikuburkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Marilah kita semua kuburkan pakatan liberal-kafir harbi di jirat abang besar DA-Pig melalui PRU15.

      Padam
  4. Adalah menjadi kewajipan umat Islam untuk mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU15 untuk menegakkan Islam dan membela hak umat Islam dan menggulingkan KERAjaan pakatan liberal-kafir harbi yang bersikap rasis dan prejudis terhadap Islam dan umat Islam.

    BalasPadam
  5. Memang betul macam suara Anwar.

    BalasPadam