Header Ads

ads header

Flash News

Majlis Syura tentukan kerjasama Pas-Umno



 BATU PAHAT - Kerjasama  antara Pas dan Umno selepas pilihan raya umum lalu bergantung kepada keputusan pimpinan parti termasuk Majlis Syura Ulama Pas, kata Ketua Pemudanya Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Beliau berkata setakat ini prinsip Pas kekal berpegang kepada konsep 'taawum', iaitu penyatuan atau kerjasama dalam perkara kebaikan dan bukan perkara kejahatan.

"Kita akan lihat dari semasa ke semasa bukan sahaja dengan Umno, Pakatan Harapan (PH) pun sama… keperluan untuk membentuk gagasan Umno-Pas sekarang belum ada… ia bergantung kepada Majlis Syura Ulama Pas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Johor di Kompleks Pas Sungai Tongkang, di sini, hari ini.

Muhammad Khalil mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dalam blognya semalam yang menggesa Pas dan Umno bersatu dan tidak boleh bersendirian sekiranya mahu memberi keputusan lebih positif pada pilihan raya umum akan datang. -Bernama

MR : Masih awal untuk membentuk kerjasama antara UMNO-PAS....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



4 ulasan:

  1. Nasih awal untuk kerjasama Pas dan Umno...AKU SETUJU SANGAT TERUS LAH BERPECAH TERUSKAN EGO .BOLEH JUGAK BEKERJASAMA DENGAN HARAPAN SUPAYA JADI SEBAHAGIAN KERAJAAN KAN.?

    BalasPadam
  2. Kalau dilihat betapa fobianya ahli kedua2 parti terutama pas dalam bekerjasama dengan umno, mungkin agak awal. Saling memberi laluan bagi PRK seperti sekarang ni mungkin jalan awal. Pas secara keseluruhannya perlu menggerakkan jentera ke arah ni, gunakan cara red bean army untuk memujuk ahli dan orang Islam untuk bersatu hati atas agama. Apa yang kita lihat pada PH agenda ekonomi tak seberapa tapi nak dilupuskan kedudukan agama Islam yang lebih utama. Pengundi muda boleh berpandangan tak melihat kepada hal agama dan kaum, tapi sanggupkah kita terlalu bertolak ansur hingga akhirnya ditolak beransur2. Apa nak jadi dengan anak cucu kamu esok

    BalasPadam
  3. Sudah tiba masanya untuk UMNO dan parti Islam PAS berkerjasama dengan ikhlas dan jujur kerana agama Islam dan umat Islam sedang menghadapi ancaman dan bahaya yang sangat besar iaitu pakatan liberal-kafir harbi yang menjadi proksi KERAjaan amerika syarikat yang menjadi sekutu rejim pengganas Israel dan bersikap anti-Islam.

    Sekarang kita semua menyaksikan bagaimana KERAjaan pakatan liberal-kafir harbi sedang menghina agama Islam dan menindas umat Islam dengan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti untuk mengamalkan ajaran Islam yang dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

    Dan kita juga mesti memberikan kesedaran kepada 25% kaum Melayu yang telah menjadi pengundi pakatan kerana mereka sekarang telah merasa ditipu oleh KERAjaan pakatan tetapi ego bodo mereka sendiri menghalang mereka untuk pulang ke pangkal jalan.

    Jangan biarkan 25% kaum Melayu diperalatkan oleh pakatan untuk menentang agama Islam dan kaum Melayu Islam sendiri.Jangan biarkan 25% kaum Melayu tersebut hanyut bersama impian karut marut ciptaan pakatan sehingga lemas sperti Firaun mati lemas di laut.

    Survival Islam dan umat Islam di negara kita bergantung kepada kerjasama UMNO dan PAS untuk menggulingkan pakatan dalam PRK, PRN dan PRU15.

    BalasPadam
  4. Kerjasama pas dan umno kena bermula dari sekarang (lepas muktamar).
    Dlm masa lima tahun ini dapat dgharap dg kemas dan matang.

    BalasPadam