Header Ads

ads header

Flash News

Umno bukan musuh PAS selama lamanya


Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli PAS bahawa UMNO bukan lagi ‘musuh’ mereka yang perlu diserang kerana tampuk negara kini sudah dikuasai Pakatan Harapan (PH).

Presiden PAS itu turut memberi banyangan yang UMNO adalah rakan baharu mereka dalam usaha mengembalikan kuasa politik umat Islam pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Abdul Hadi turut membidas sikap sesetengah penceramah PAS yang masih ‘ligat’ menyerang UMNO seolah-olah parti itu masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara.

“Terdapat kalangan penceramah PAS duduk hentam UMNO… UMNO dah kalah teruk, dia ingat UMNO jadi kerajaan lagi. Mereka perlu ingat yang memerintah sekarang adalah PH bukan UMNO lagi.

“Ini tidak, masih ceramah macam dulu juga, (mereka) ini tak faham dan tak reti (pandai) politik.

“Biar saya sebut terus terang, PAS sebagai parti Islam perlu mengambil satu langkah fiqah muwazanah iaitu pertimbangan untuk memilih (pihak) mana yang lebih baik untuk mempertahankan kuasa politik umat Islam, ini perlu difahami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) di Dewan Majlis Daerah Marang di Marang, Jumaat.

Abdul Hadi berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) lalu memperlihatkan keputusan unik apabila pemerintah tidak seimbang dengan demografi penduduk Malaysia.

“Keputusan PRU lalu ditentukan orang muda berusia 21 hingga 30 tahun dan pengundi bukan Islam. Sebanyak 30 peratus pengundi muda yang baharu setahun jagung ini dan 90 peratus bukan Islam memilih PH sehingga menumbangkan Barisan Nasional (BN).

“Penduduk Malaysia meliputi sebanyak 65 peratus orang Islam tapi yang menguasai Parlimen dengan majoriti mudah ialah bukan Islam.

“Ini menjadikan cabaran untuk kita dan mungkin apa yang diluluskan di peringkat negeri tidak akan diluluskan (di Parlimen), di samping ada orang yang nak cepat jadi Perdana Menteri menambahkan lagi cabaran kepada kita,” katanya.


MR : PAS tidak bermusuh dengan ahli UMNO kerana PAS nak ahli UMNO....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



6 ulasan:

  1. Diharap semua orang Islam, termasuk yang ada dakam PH memahami apa yang TGHH maksudkan. Jangan jadi kaldai yang memikul beratus2 buah kitab tetapi tak faham2 apa maksudnya.

    BalasPadam
  2. Setuju...jangan tak tau siapa musuh sekarang.

    BalasPadam
  3. Musuh kita ialah yg menentang islam. Melayu sudah terpinggir di negara sendiri.

    BalasPadam
  4. Pemimpin pun kene faham...x semua pengikut mudah faham....penerangan kene byk...jgn keluar sepatah harap pengikut semua terus faham...sbb level pemikiran berbeza...sbb tu pru14 org pas pn pi pangkah ph

    BalasPadam
  5. Sebagai pengikut pun jangan jadi pemalas untuk cari penerangan.Jangan hanya berharap kepada pimpinan untuk beri penerangan.Kalau hanya mengharapkan penerangan drp pimpinan mana mungkin Rasulullah dpt sebar Islam.

    BalasPadam