Header Ads

ads header

Flash News

Merdeka Centre tak nak buat kajian siapa menteri paling “hancing”


Hari ini saya terbaca tinjauan Merdeka Centre yang mendapati Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri kabinet paling popular di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.

Dapatan kajian yang dijalankan pada 7 hingga 14 Ogos itu, mendapati Wan Azizah mendapat kadar sokongan sebanyak 75 peratus dengan 16 peratus saja yang tidak berpuas hati dengan prestasinya.

Perincian dapat kajian menunjukkan sokongan tinggi daripada masyarakat Melayu (71 peratus sokong; 19 peratus tidak sokong) dan bukan Melayu (84 peratus sokong; 9 peratus tidak sokong).

Tempat kedua pula Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 54 peratus sokong. Tempat ketiga Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Mat Yasin (62 peratus sokong; 18 peratus tidak) dan kelima pula Menteri Pertahanan Mohamad Sabu (58 peratus sokong; 22 peratus tidak).

Minta maaf saya bukan nak pertikai kajian Merdeka Centre yang mempunyai pengalaman yang baik dalam kajian politiknya. Tapi ada sedikit keraguan dengan sikap respoden yang memberikan hasil dapatan.

Wan Azizah ni bekas pelajar terbaik kolej perubatan luar negara, dia memang hebat dalam pelajaran. Dia juga seorang penyabar dengan suaminya yang 'banyak kerenah'. Dia tak boleh 'bertemu roma' dengan Azmin tapi demi perjuangan suami dia boleh sabar. Dia bukan marah Azmin kerana Azmin nak rebut jawatan dalam PKR tapi dia tak suka dengan isteri Azmin. Luka itu tak boleh diubati walaupun dia mati dan hidup semula. Tapi demi suami dia sabar.

Agaknya kerana itu respondan memilih dia nombor satu.
Tapi risau dengan Wan Azizah ni, baca teks ucapan pun tersasul dan silap. Boleh popular rupanya.


Si Muhyiddin pula lagi hebat lepas angkat sumpah tak sampai sebelum terus cuti rehat dapat nombor tiga. Kalau dia tak cuti agaknya boleh terus dapat nombor satu.

Mat Sabu yang terpalit dengan pembantu kanan yang disiasat SPRM pun dapat nombor juga. Ini betul-betul kajian "hancing".

Daripada terus hancing dengan janji manifesto yang tak ada yang ditunai melainkan hapus GST dan tangkap Najib dengan 1MDB itu pun masih diragui, apakah kita boleh kata kajian ini betul-betul releven dengan hasil dapatannya.

Jangan-jangan
Merdeka Centre nak ikut PAKATAN HARAPAN nak HANCINGkan rakyat dengan kajian kononnya. Banyak dah rakyat kena hancing oleh kajian INVOKE RAFIZI. Rasa cukuplah nak puji melangit pimpinan PAKATAN HARAPAN.

Yang penting tanya mereka kenapa JANJI MANIFESTO tak boleh dilaksanakan.




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



Tiada ulasan