Header Ads

ads header

Flash News

Sikap Melayu PH Menyebabkan Kaduk Naik Junjung


DAP, walaupun berjaya memukat 95% undi Cina, masih bersifat minoriti dalam lingkup demografi Malaysia. Yang menjadikan DAP tampak amat berkuasa ialah sokongan Melayu PH yang bersama dengan PKR, PAN dan PPBM. DAP benar-benar mengambil kesempatan terhadap situasi perpecahan  Melayu mutakhir.

Demikian juga dengan LGBT dan golongan Islam liberal. Mereka tidak lagi takut atau segan untuk menonjolkan identiti. Wajah personaliti, vokal dan aktiviti mereka kini terpampang di media massa mencari ruang dan diberi peluang oleh institusi sealiran.

Entah bila fenomena kebejatan ini akan berakhir? Masakan berakhir selagi Mahathir yang kini berada dalam zon usia  “lemah dan nyanyuk” menjadi PM dan DAP mengasak di sisi sebagai kingmaker. Semuanya ikut kemahuan susunatur politik DAP yang anti-Islam.

Cengkaman DAP amat berbisa. DAP boleh mengugut untuk menggugurkan Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik apabila  menafikan bantuan kepada sekolah persendirian Cina. Kalau menteri pun terkejut beruk  lantas terus menyatakan bantuan akan disalurkan, apalah sangat dengan staf-staf kerajaan dan GLC dari parti PAN, PKR dan PPBM yang sedang enak melahap dedak yang ditaburkan oleh DAP.

Hingga saat ini, belum ada suatu dasar kerajaan dan kenyataan media pemimpin Melayu PH yang mencanggahi dasar dan kemahuan DAP. Sebab itulah desakan agar pramugari dibenarkan berpakaian menutup aurat berakhir dengan kegagalan sebaliknya soal LGBT sampai tahap pondan pun boleh guna tandas wanita mengikut IQ Mujahid.

Ruang legar Parlimen telah dimeriahkan oleh penyokong DAP dan golongan liberal. Satu situasi asing yang tidak menyentuh langsung jati diri muslim kalangan Melayu PH. Di satu sudut lain, dua parti teras Melayu PAS dan UMNO masih belum ketemu titik sentuh demi Islam. Inilah punca kaduk naik junjung. Junjungnya ialah Melayuku yang haru-biru.

*#NekadBersamaIslam*
*#TerengganuMajuBerkatSejahtera*
*#PRU15UntukPAS*


BayangDiAir
13/8/2018


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



1 ulasan:

  1. Kaduk naik junjung berlaku kerana junjung terpaksa merelakan kaduk berbuat demikian kerana junjung yang tidak stabil. Junjung amat memerlukan kaduk agar junjung tidak rebah di goncang badai. Tanpa kaduk junjung pasti tumbang. Cumanya kenapa junjung membiarkan kaduk membelit2 struktur junjung dan bila junjung ikutkan saja karenah kaduk maka hilanglah maruah junjung. Sg Kandis adalah bukti Melayu sudah mula berasa malu untuk beri sokongan pada junjung.

    BalasPadam