Header Ads

ads header

Flash News

Shafee dakwa pihak pendakwaan tidak mempunyai dokemen lengkap


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka membuat permohonan di mahkamah esok untuk mendapatkan dokumen perbicaraan di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.

Dokumen berkenaan sebelum ini diserahkan kepada pihak pendakwaan dalam bentuk cakera padat (CD).

Sumber berkata, pasukan peguam bela melihat perkara itu secara serius apabila mereka hanya dibekalkan CD yang didakwa mengandungi dokumen perbicaraan semalam.

Mereka berkata demikian selepas pasukan pendakwaan yang diketuai Ketua Unit Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria memberikan "alasan" di mahkamah bahawa dokumen berkenaan belum siap.

"Seorang anggota pasukan pendakwaan telah menyerahkan CD yang ditandakan dengan huruf 'A' kepada pasukan peguam bela semalam.

"Terdahulu di mahkamah, mereka mendakwa dokumen itu belum siap," kata.

Sumber terbabit juga menyatakan penyerahan dokumen dalam bentuk CD itu bukan amalan biasa dan jelas adalah 'salah'.

"Ia sepatutnya dalam bentuk dokumen yang mesti disediakan mengikut indeks yang mesti ditandatangani oleh penerima. Dokumen mestilah dalam bentuk hard copy," katanya sambil menambah Najib juga bingung dengan penyerahan CD berkenaan.

Sumber itu berkata pasukan peguam bela yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bimbang dokumen-dokumen dalam CD itu mungkin tidak lengkap dan akan melambatkan persediaan mereka.

"Mereka perlu melihat dokumen-dokumen lengkap supaya mereka dapat menilai betapa kuatnya kes ini, dan ini termasuk melihat bagaimana saksi-saksi itu boleh dipercayai."

Sumber itu menambah pasukan itu mungkin kesuntukan waktu kerana mereka perlu melakukan "bedah siasat" pada dokumen tersebut sebelum perbicaraan bermula yang dijangkakan pada bulan November.

"Kenapa mereka (pasukan pendakwa) melakukan ini kepada pasukan peguam bela? Adakah mereka mempunyai niat jahat untuk sengaja memperlambat pasukan pembelaan?" soalnya.

MR : Tak apa tak ada bukti pun, bawa kapal mewah yang diragui untuk dijaja macam tilam zaman Anwar tu kira ok, rakyat nanti terbodoh pula kali kedua....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



2 ulasan:

  1. Palatan Harapan adalah jaguh buang masa. Membazir no.1. They have a country to run but they wasted their time in all this nonsense.
    Membazir adalah amalan syaitan , adik beradik syaitan. Pakatan Syaitan.

    BalasPadam
  2. "MR : Tak apa tak ada bukti pun, bawa kapal mewah yang diragui untuk dijaja macam tilam zaman Anwar tu kira ok, rakyat nanti terbodoh pula kali kedua..."

    Komen:

    Dan tilam itu akan diambil dari kapal Equality dan diangkut atas bahu dengan disaksikan oleh pihak media seantero dunia. Fuyo! pastinya satu berita yang paling hits.

    BalasPadam