Header Ads

ads header

Flash News

Anti Berita Tidak Benar Gagal Dimansuhkan: Bukti Langkah Pertama Kerajaan PH Gagal


1. Dewan Negara hari ini telah menolak pemansuhan Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar dengan keputusan undian memihak kepada tidak bersetuju undang-undang tersebut dimansuhkan. Keputusan undian sebanyak  21 setuju RUU tersebut dimansuhkan manakala lebih 7 undian yang tidak setuju ia dimansuhkan dan 3 berkecuali.

2.  Ini merupakan langkah pertama PH dalam merealisasikan manifesto PRU sebelum ini dengan berikrar akan menghapuskan akta yang menzalimi rakyat dan undang-undang ‘rimba’ kerajaan terdahulu. Akan tetapi, undian yang dikeluarkan tidak menyebelahi pihak Pakatan Harapan sekaligus membuktikan langkah yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Harapan tidak disokong oleh Ahli Dewan Negara.

3.  Harus ditegahkan bahawa RUU Anti Berita Tidak Benar merupakan langkah bijak yang mampu membendung berita palsu hasil perkembangan media social. Serta ia mampu melindungi rakyat daripada berita tidak benar malah menghalang agen-agen penyebar fitnah berleluasa. Ia selari dengan kehendak agama yang melarang penyebaran fitnah yang jelas-jelas membawa kehancuran.

4. Persoalannya, apakah relevannya pemansuhan ini dijalankan? Malah penyebaran fitnah yang berleluasa dek kerana pemansuhan akta ini menyumbang kepada tekanan emosi dan masalah psikologi kepada mangsa. Oleh itu, keputusan kerajaan PH untuk memansuhkan akta ini langsung tidak relevan malah lebih banyak lagi akta lain yang lebih penting patut dibincangkan.

5.  Sehubungan dengan itu, keputusan yang dikeluarkan hasil daripada undian Ahli Dewan Negara merupakan jalan terbaik yang tidak sama sekali mengetepikan hak rakyat untuk bersuara malah ia mampu mendidik rakyat supaya bersuara secara berasas dan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu. Dengan keputusan yang dikeluarkan jelas membuktikan langkah awal kerajaan Pakatan Harapan gagal untuk dilaksanakan dan tidak selari dengan keperluan kehendak semasa.

Sekian.

YB Shaharizukrinain Abdul Kadir
Ahli Parlimen Setiu


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. "SST hanya dikenakan ke atas pengilang" sudah jadi berita palsu. RUU berita palsu kekal. Penutur berita palsu boleh di cekau. Namun ada keraguan yang sumber asal berita itu akan di cekau. Kalau dicekaupun, ada kesangsian lain: si sumber bakal lepas lebih awal dari kes Bangla Tanpa Swimming Pool. Satu lagi wayang.

    BalasPadam