Header Ads

ads header

Flash News

Wan Azizah tak mengosong kerusi kerana tiada jaminan Anwar akan menang PRK


Anwar Ibrahim pertama kali menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 selepas menyingkirkan Ghafar Baba pada pemilihan Timbalan Presiden UMNO. Dijangka beliau akan menjadi Presiden PKR September ini setelah Wan Azizah mengosongkan kerusi yang disandangnya.

Seterusnya Anwar akan dilantik Timbalan Perdana Menteri sekiranya bertanding dan menang kerusi Parlimen di mana-mana kerusi yang dikosongkan oleh salah seorang Ahli Parlimen PKR.

Sekiranya Wan Azizah turut mengosongkan kerusi Parlimen maka beliau dengan sendirinya melepaskan jawatan TPM sekarang. Kita tahu memang itulah rancangan awalnya kerana kedudukan Wan Azizah hanya sementara dan bagi pihak Anwar.

Tetapi ianya satu risiko jika Wan Azizah bersara dari Parlimen kerana tiada jaminan Anwar akan menang PRK yang sepatutnya membuatkan beliau terlantik ke Dewan Rakyat. Saya yakin Wan Azizah tidak akan mengosongkan kerusi parlimennya untuk Anwar bertanding.

Tetapi sekiranya Wan Azizah kekal Ahli Parlimen seharusnya beliau kekal dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana tiada sebab beliau harus meletak jawatan walaupun Anwar telah menjadi Ahli Parlimen. Timbalan Perdana Menteri bukanlah lantikan mutlak Presiden PKR.

Mereka harus mencari alasan kukuh jika Anwar hendak dilantik Timbalan Perdana Menteri menggantikan Wan Azizah, sekiranya Wan Azizah kekal Ahli Parlimen. 10 tahun lalu semasa Wan Azizah melepaskan kerusi Permatang Pauh, alasannya untuk bersara dari politik. Mungkin beliau boleh beri alasan yang sama.

Namun Wan Azizah boleh memilih untuk kekal sebagai TPM sehingga habis penggal.

Wak Dogol,
kedai kopi tepi sungai



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Marhaen kena pejamkan mata dan pekakkan telingan dan buat2 tak cakna kerana simpati terhadap kezaliman yang menimpa. Sampai bila? Dan macam mana nak tahu sudah lebih atau belum?

    BalasPadam