Header Ads

ads header

Flash News

Anwar Bukan Pengganti Tun M – Peramal Thailand


KUALA LUMPUR – Seorang peramal wanita baru ini meramalkan bakal berlaku tangkapan besar-besaran di Malaysia pada November 2018 dan pergolakan berlaku dalam negara ini sehingga tahun hadapan.

Peramal Thailand yang juga pernah menjangkakan berlakunya gempa bumi di Sabah dan kehilangan kapal terbang sebelum ini, Navaracha Pinitlokakorn aka Prai terbaru sekali lagi membuat ramalan kali ini tentang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri, dalam masa yang sama Tun Dr Mahahir Mohamad bakal mengalami masalah kesihatan yang serius menjelang Jun tahun hadapan.

Berdasarkan video di yputube yang berdurasi 8:47 minit, dia mendakwa dalam masa dua tahun, satu fenomena alam yang aneh akan menyebabkan Semenanjung Malaysia akan ‘berpecah’ menjadi dua.

Beliau juga memberi amaran bahawa dalam tempoh dua tahun akan datang, Malaysia akan mempunyai beberapa bencana, dan antara struktur yang terjejas teruk termasuk bangunan 50 tingkat yang terletak berhampiran persimpangan jalan raya di Kuala Lumpur.

Kemalangan juga ramalannya mungkin berlaku di kPergunungan Titiwangsa.

Navaracha Pinitlokakorn terkenal kerana memiliki keupayaan psikik sejak muda menjadi, banyak ramalannya yang menjadi realiti.

Ini termasuk gempa bumi dan tanah runtuh utama di Thailand, pada bulan Jun dan Julai tahun ini, di tempat seperti Phuket, Krabi, Phang Nga, Siam Bay, selain letusan gunung berapi di Indonesia.-SuaraTv


MR : Nasib baik engkau ada di Thailand, kalau Malaysia teruk kena bambu geng Anwar....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

9 ulasan:

  1. Ramalan berasaskan psikik dan ramalan berasaskan ilmu pengetahuan, dua2 hanyalah ramalan. Kalau terjadi ia hanya kebetulan bukan kerana ramalan itu per se.

    BalasPadam
  2. Perbuatan tilik nasib atau meramalkan kejadian yang akan berlaku di masa hadapan adalah syirik ! Peramal itu sendiri tidak tahu masa depannya sendiri bahkan dia sendiri tidak tahu apa akan berlaku kepada dirinya pada hari esok.

    Walaubagaimanapun kita tetap mahu pakatan syiah-liberal-kafir harbi dikalahkan dalam setiap PRK, PRN dan PRU kerana pakatan ini bersikap anti-Islam dan menyokong kemungkaran dan kesesatan.

    Marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS untuk menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam di negara kita yang sedang di ancam oleh puak syiah, puak libera dan puak kafir harbi. InsyaAllah Allah akan memberi ganjaran syurga kepada kita kerana menyokong perjuangan Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ciri ciri Tukang Sihir, waspadalah! – Ustadz Khalid Basalamah

      https://www.youtube.com/watch?v=yjj2irLa2jM

      Padam
    2. Ust Azhar Idrus- Bomoh Kahin / Percaya & Meramal Nasib

      https://www.youtube.com/watch?v=sAdt7GeQfzo

      Padam
    3. Jika seseorang mempercayai ramalan atau tilik nasib, maka sesungguhnya dia telah kafir !!!

      Jauhi tilik nasib kerana ia adalah perbuatan syirik dan sesungguhnya dosa syirik tidak diampun oleh Allah kecuali dia benar-benar bertaubat dan meninggalkan perbuatan syirik untuk selama-lamanya.

      Padam
  3. harap admin blog siarkan artikel yg lebih baik dr tukang sihir ni.jgn jdkan tukang sihir,ahli nujum,bomoh,pawang sbg berita nk melawan musuh.

    BalasPadam
  4. Saudara semua ,
    Jikalau LGBT berterusan dan hukum Syariah diperlekehkan tanpa teguran , zina berleluasa, arak berleluasa , sodomi berleluasa , fitnah bermaharajalela, maka tunggulah azab daripada Allah s.w.t.

    Saya jangkakan juga bahawa Kelantan dan Terengganu akan terlepas daripada azab ini menjadikan ia selamat daripada Malaysia dan membina semula negara baharu yang lebih baik dan beriman kepada Allah.

    BalasPadam
  5. Tak tahu nak cakap dah sampai ramalan pun nak percaya ke? Ini dah kira syirik. Aku setuju kalau betul2 berlaku seperti yg dikata, itu hanyalah kebetulan. Semua yg berlaku atas kehendak Allah.

    BalasPadam
  6. buat apa rencana tak dok pekdoh ni dimasuk ke sini,kita orang islam dilarang menujum-nujum ni syirik

    BalasPadam