Header Ads

ads header

Flash News

Anwar mungkin rombak kabinet Dr Mahathir


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan akan merombak kabinet Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau menggantikannya kelak.

Bakal presiden PKR itu berkata beliau akan membuat keputusan berdasarkan prestasi menteri sedia ada.

"Saya fikir pilihan sentiasa diberikan kepada pemimpin baru untuk membuat keputusan.

"Saya belum memikirkannya lagi; semuanya bergantung, kerana mereka mempunyai satu, satu setengah tahun untuk membuktikan diri masing-masing. Jika mereka efektif, mereka harus diteruskan.

"Jika mereka biasa-biasa saja atau tidak mempunyai kepakaran atau prestasi mereka lemah, sudah tentu kita perlu semak semula. Ini memang dijangkakan," katanya kepada Channel News Asia.

Anwar dijadual menggantikan Mahathir dalam masa dua tahun, tetapi perdana menteri itu berulang kali berkata bahawa jangka masa untuk peralihan berkenaan adalah fleksibel.

Ini menimbulkan spekulasi mengenai masa depan politik Anwar, dengan sesetengah pihak tertanya-tanya sama ada peristiwa 1998 akan berulang.

Walau bagaimanapun, kedua-dua Mahathir dan Anwar menegaskan bahawa hubungan antara mereka tetap mesra.

Sementara itu, Channel News Asia melaporkan, Anwar tidak mahu berterus terang apabila ditanya siapa yang beliau mahu melihat sebagai timbalannya apabila menjadi perdana menteri.

"Terpulang kepada cadangan ahli-ahli Parlimen, parti-parti akan menentukannya. Tidak perlu bagi saya melangkauinya.

"Memang ada pemahaman umum tetapi hanya membabitkan kedudukan saya. Tidak ada desakan atau melobi bagi orang yang akan menjadi timbalan perdana menteri, "katanya.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah timbalan perdana menteri sekarang.

Anwar, 70, dijangka kembali ke Dewan Rakyat jika memenangi pilihan raya kecil Port Dickson.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

5 ulasan:

  1. Sebelum rombak kene le jadi PIEM dulu....he he

    BalasPadam
  2. Peristiwa 1998 akan diulang kembali.

    BalasPadam
  3. Aku dah dapat agak dah rentak politik ala2 katak si katak lompat sekarang ni. Belum jadi PM lagi dah banyak bunyi. Last2 akan terganga jugak nampak gayanya ni.

    BalasPadam
  4. Atok Dot dah nampak meskipun siapa yang akan ganti dirinya di Putrajaya, orang nombor dua sudah diukir namanya di atas batu.

    Ini kerana kalau PKR pegang nombor 1, nombor dua tak mungkin dari PKR, Tak mungkin dari Dap dan apatah lagi dari Pan. Pilihan yang tinggal ialah dari PPBM.

    Dalam PPBM, orang yang bakal jadi nombor satu adalah tidak berapa cergas dari sudut fizikal. Lain2 tak ada dokongan yang kuat melainkan satu saja iaitu Kauboy.

    Jadinya it is about Kauboy than anything else. Kalau itu tak akan berlaku he will have to kiss the nombor satu chair and say goodbye.

    BalasPadam
  5. dah mula berangan moga jadi kenyataan dato

    BalasPadam