Header Ads

ads header

Flash News

BN bincang kerjasama dengan BERSATU sejak 2 bulan lalu dedah Datuk Zahidi


Wujud perbincangan antara wakil rakyat BN dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) untuk bergabung dalam usaha menyelamatkan orang Melayu, kata Anggota Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin.

"Ada perbincangan di antara anggota parlimen BN tentang macam mana kita nak berpakat dengan BERSATU supaya kita dapat bergabung.

"Umno ini parti yang memerdekakan negara dan BERSATU ditubuhkan untuk jatuhkan (Datuk Seri) Najib Razak dan dah berjaya.

"PKR ditubuhkan nak jatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad tapi angkat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi perdana menteri. Jadi kedua-dua parti ini kalau nak berpakat tak sesuai sebab PKR pun parti berbilang kaum, jadi pilihan kita BERSATU dan kita cuba berbincang dengan BERSATU untuk selamatkan Melayu.

"Kalau boleh pakat dengan BERSATU dapat balik bersama-sama kerajaan, kita pilih yang terbaik," katanya ketika ditemui pemberita di PWTC hari ini.

Zahidi turut berkata, perbincangan diantara wakil BN dan BERSATU itu difahamkan sudah berjalan kira-kira dua bulan lalu.

Zahidi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut perbicangan yang dimaksudkannya itu.

“Kita ada bincang (perkara) itu sebelum ini dua tiga bulan yang lepas. Hendak bergabung dengan BERSATU itu kita ada berbincang. Tetapi hendak keluar Umno, tidak, kita tidak mahu,” katanya.

Zahidi turut tidak menafikan ada pandangan berbeza di antara anggota parlimen BN berhubung perkara itu.

“Kalau kita bincang dengan PKR kurang memuaskan dan tidak mencapai matlamat perjuangan kita, kita boleh bincang dengan BERSATU.

“Ada sesetengah anggota parlimen setuju bincang dengan BERSATU, ada setuju bincang dengan PKR tapi kita lihat mana yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa anggota parlimen parti itu menandatangani akuan bersumpah (SD) memberi kuasa kepada presiden Umno mengadakan pakatan baru dengan parti lain.

Zahid berkata, semua 51 MP Umno ketika itu menandatangani SD tersebut dan tidak menolak kemungkinan parti itu akan bekerjasama dengan parti komponan Pakatan Harapan (HARAPAN) walaupun ketika ini Umno dilihat rapat dengan PAS.

Sebelum ini, Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan kewujudan SD itu ketika mewajarkan pendirian beliau berkempen memenangkan Anwar yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

Bagaimanapun, Anwar berkata tiada kerja sama di antara HARAPAN dan Umno buat masa ini.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Thanks be to God that I am in PAS. I wont get involve with any of thiese nonsense.

    BalasPadam
  2. Bersatu dan UMNO nak bergabung? Emm tidak mustahil tu. Kesian pengundi2 DAP, PKR dan PAN kena tipu oleh Tun Mahathir. Yg paling kesian ialah DSAI. Nampaknya impian nak jadi PM masih belum tercapai.

    BalasPadam
  3. bubarkan jee kerajaan penipu mengundi semula

    BalasPadam