Header Ads

ads header

Flash News

Perhimpunan Solidariti Untuk Najib Razak Yang Ditahan SPRM Untuk Pendakwaan Tadi


Pemantau Malaysia Baru mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan SPRM yang diperalat untuk menjayakan agenda mematahkan semangat ahli UMNO oleh Regim Zalim Mahathir DAP.

Sebentar tadi, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah ditahan berhubung dana yang disumbang oleh anak Raja Abdullah dan Kerajaan Saudi sebanyak RM2.6 bilion ke akaun amanah atas nama beliau yang difitnah oleh Mahathir sebagai wang yang dicuri dari 1MDB.

Penahanan itu dibuat pada jam 4.13 petang tadi 19/9/2018 di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Sehubungan dengan itu satu perhimpunan Solidariti4NajibRazak akan dibuat pada malam ini dan esok pagi :

Masa : 9.00 mlm
Tempat : Ibu Pejabat SPRM, Presint 8, Putrajaya.
Dan Esok 20/9/2018
Masa : 2.30 petang
Tempat. : Mahkamah Jalan Duta

Apa yang mengecewakan kami, kenyataan rasmi SPRM hari ini menyatakan penahan ini dilakukan terhadap Dato Sri Najib di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.
Yang menghairankan kami, kenyataan Peguam Negara tadi di Malaysiakini menyatakan bahawa sehingga kini beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan berhubung kes terbabit kerana kertas siasatan masih belum diterima (rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/443680 ).

Ini jelas menunjukkan bahawa Dato Seri Shukri Abdull, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah bertindak atas arahan Mahathir. Penyalahgunaan SPRM ini juga boleh dilihat daripada tindakan SPRM membekukan akaun dan menyoalsiasat ramai individu termasuk Ahli-Ahli Parlimen BN. Berdasarkan maklumat yang kami terima, selepas disoalsiasat oleh pihak SPRM, Tun Daim telah memainkan peranannya memberikan kata dua kepada Ahli Parlimen terbabit samaada mahu keluar UMNO atau pendakwaan diteruskan.

Lebih menyedihkan, pendakwaan berniat jahat ini dilakukan selepas Dato Sri Najib mengeluarkan bukti-bukti bahawa dana hampir USD 1 Billion itu datangnya dari Kerajaan Saudi dan anak Raja Abdullah beberapa hari sudah. Ini juga membuktikan bahawa hari ini AMLA SUDAH DIGUNAKAN SEBAGAI ISA YANG BARU UNTUK MENINDAS MUSUH POLITIK Regim Zalim Mahathir DAP.

Melalui AMLA, sesiapa juga yang pernah menerima dana UMNO melalui cek Ambank Islamic, akaun amanah atas nama Presiden UMNO, boleh didakwa dibawah AMLA dan terdedah kepada ugutan. AMLA digunakan sepenuhnya oleh Mahathir bagi mematikan kebangkitan rakyat khususnya kepimpinan UMNO kerana apabila seseorang itu didakwa di bawah AMLA, pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan mereka menerima duit dari sumber haram. Sebaliknya, yang tertuduh perlu membuktikan bahawa dana yang mereka perolehi adalah bukan dari sumber haram seperti jenayah, rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya. Persoalannya, bagaimana kemasukan dana ini boleh dianggap sebagai dari sumber yang haram sedangkan ianya masuk dengan mendapat kelulusan Bank Negara?

Sehubungan dengan itu, Pemantau Malaysia Baru dan teman-teman NGO lain selain daripada bersolidariti dengan Raja-Raja Melayu, Kami juga akan menghantar Memorandum memohon campurtangan Majlis Raja-Raja bagi menghentikan penyalahgunaan AMLA dinegara ini pada 26hb September, 2018 jam 8.30malam di Pintu C, Istana Negara (Depan Plaza Damas).

Dato’ Lokman Noor bin Adam
Presiden
Pemantau Malaysia Baru
19 September, 2018


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Tu dia. Salah guna kuasa. Tahan tanpa perintah Mahkamah. Ha ha ha Malaysia Baharu konon. Sama aje. Lagi teruk sebab menipu. Tahniah rakyat Malaysia !

    BalasPadam