Header Ads

ads header

Flash News

Anwar nak betulkan Maszlee Secara Diolog


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan bertemu dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada minggu depan.

Katanya, pertemuan itu bagi membincangkan beberapa keputusan dibuat menteri berkenaan yang tidak diterima baik oleh sesetengah pihak.

"Maszlee adalah seorang ahli akademik yang baik dan berkemampuan, tetapi beberapa keputusan yang dibuatnya telah dilihat secara negatif.

"Saya fikir ini boleh diperbetulkan melalui dialog, jadi Insha Allah, saya akan jumpa dia minggu depan untuk membincangkan bagaimana membetulkannya," kata Anwar semasa sesi dialog bersama anak muda di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Maszlee dalam kenyataannya berkata beliau berbesar hati dan menghargai kesudian Anwar untuk bertemu dengannya.

"Pada hemat saya apa juga pandangan dan nasihat Datuk Seri Anwar selaku pemimpin Pakatan Harapan dan mantan Menteri Pendidikan akan membantu kepimpinan saya dalam mengemudi Kementerian Pendidikan.

"Malah saya juga telah mengambil kira beberapa pandangan yang beliau kemukakan sebelum ini," katanya.

Kebelakangan ini Maszlee menerima kritikan keras berikutan pelantikannya sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sekumpulan aktivis pelajar mengadakan protes baru-baru ini di hadapan Kementerian Pendidikan berhubung pelantikan itu.

Bagaimanapun mereka ditahan sebelum dibebaskan pada hari yang sama.

Maszlee akhirnya bertemu aktivis pelajar berkenaan Rabu lepas, yang memberinya tempoh seminggu untuk meletakkan jawatan sebagai presiden UIAM.

Aktivis mahasiswa Asheeq Ali Sethi Alivi berkata sekiranya Maszlee gagal berbuat demikian dalam tempoh seminggu, pihaknya akan menggerakkan lebih ramai mahasiswa untuk membuat bantahan.

Anwar, yang menjadi menteri pendidikan dari tahun 1986 hingga 1991, sebelum ini berkata beliau juga pernah ditawarkan jawatan presiden UIAM, tetapi membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Apalah erti jawatan yang agak sohor kalaulah ianya diselubungi pemungkiran yang menjurus pada sifat2 munfanik. Kalau tak berundur sekarang pun dan secara rela lagi penuh kehemahan, dua tahun lagi tentunya de fakto akan mengarah ianya turun ketahap terendah iaitu sesuatu yang hanya boleh diharungi oleh insan insani yang memiliki kulit muka yang tebal2 saja. Makanya kalau kulit muka itu nipis, usahlah saranan defakto itu masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

    BalasPadam
  2. Bapa ketam liberal mahu mengajar anak ketam liberal cara berjalan yang betul ??? Ha ha ha ha ha ha ha .... LOL Laughing Out Loud !

    BalasPadam