Header Ads

ads header

Flash News

PAS pertahan seragam ala tentera Jabatan Amal


KUALA NERUS: PAS mempertahankan pakaian seragam anggota Jabatan Amalnya yang menyerupai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), susulan bantahan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan kumpulan veteran tentera itu ketandusan isu dengan menyasarkan pakaian seragam Jabatan Amal.



“Pada umumnya, pakaian No 1 adalah normal, itu biasa sahaja. Kita lihat kenapa Patriot ini tidak membantah penjualan pakaian tentera, polis di kedai-kedai biasa? Kenapa tidak desak kerajaan kawal perkara itu, di belakang pejabat PAS itu semua pangkat ada.

“Saya merasakan Patriot tidak ada isu, sebelum ini mereka ada bergaduh dengan beberapa pihak yang lain, jadi saya rasa pakaian nombor 1 ini tidak ada larangan legalnya, setiap pertubuhan ada pakaian sendiri,” katanya selepas majlis penutupan Muktamar PAS ke-64 hari ini.

Pagi tadi, Presiden Patriot, Datuk Mohamed Arshad Raji dilaporkan terkejut melihat pakaian seragam Jabatan Amal PAS menyerupai ATM yang lengkap dengan pingat, ketika Datuk Seri Abdul Hadi Awang memeriksa perbarisan sempena perasmian Muktamar PAS semalam.

Sehubungan itu, beliau mendesak Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan segera bagi mengelakkan keadaan tidak terkawal.

Takiyuddin berkata, pengiring presiden PAS yang memakai pingat semasa pemeriksaan barisan kehormat ialah bekas anggota tentera.

“Ada pegawai Jabatan Amal itu bekas anggota tentera, pengiring itu ialah bekas ATM.

“Kita ada 7 jenis pakaian Jabatan Amal, bagi kita bukan satu kesalahan dan kita tidak mengambil peluang untuk menyamar kerana ini sebahagian daripada pertubuhan kita yang berdaftar.”




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. sebelum ni arshad raji ni ada di mana?dalam kubur ke?baru nak terkejut bagai...

    BalasPadam
  2. Menyerupai tak boleh?
    Logo yang menyerupai stesyen TV India boleh pulak.
    Bunga yang menyerupai arca bunga sebuah salon rambut tak malu der
    Itu belum lagi ambil kira simbol yang menyerupai simbol illuminasin.
    Apa punya sengal bahh...

    BalasPadam
  3. Kita merasa dukacita melihat pemimpin-pemimpin persatuan veteran sibuk mengampu pemerintah sedangkan nasib ahli veteran sendiri pula diabaikan kerana pemimpin persatuan sibuk berpolitik untuk mendapatkan habuan peribadi!

    BalasPadam
  4. Karang bila kita pakai serban dan jubah janggut panjang , pakai sunah libas dan kurta macam geng Tabligh nanti ada pulak orang Tua yang allergik sampai kena sawan dan verbal diarrhoea.

    BalasPadam