Header Ads

ads header

Flash News

Anwar nasihat orang Muda jadilah Saidina Ali tapi dia sendiri nak jadi Muawiyyah


Pertama sebelum baca coretan ini, tolong faham bahawa aku tak menghina Muawiyyah mahupun Saidina Ali. perlu diketahui bahawa Muawiyah melayan Sayyidina Hasan dan Husin dengan penuh mesra. Tak percaya baca tulisan Ibnu Katsir. Yazid sendiri pun begitu. Tapi bila berbalah antara puak, macam-macam kita baca dan dengar. Macam juga cerita pimpinan ulama PAS yang zuhud rumah kayu, kerusi dalam rumah pun uzur, tak bermewah, hanya kereta aje Mercedes.. Puak-puak ni apa lagi mengumpat, fitnah ulama makan duit UMNO dan sebagainya. Dia rasa pahalanya banyak dia nak beri percuma diakhirat nanti kepada pimpinan PAS yang dia sebar umpatan dan fitnah itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan golongan muda menjadikan keperibadian tokoh Islam terdahulu sebagai inspirasi dalam menuntut ilmu.

“Contohi Saidina Ali, beliau mencintai ilmu, sesuatu yang lazat dan mengasyikkan. Bukan untuk meletakkan dirinya sebagai seorang yang intelek, tetapi kerana ilmu itu sangat mengasyikkan dirinya.
“Sekarang ini, ramai yang tidak mempedulikan ilmu. Jika benar-benar mahukan perubahan, kena siapkan diri dengan keyakinan dan ilmu, barulah matlamatnya lebih jelas,” katanya berucap dalam Majlis Makan Malam dan Pidato Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Anwar nasihat orang muda ikut Saidina Ali, dia sendiri ikut Muawiyyah. Ikut Muawiyyah bukan ikut warak Muawiyyah, bukan sebagai penulis Al Quran tapi ikut Muawiyyah pusakakan jawatan khalifah kepada anaknya.

Hang tahu tak kenapa Muawiyyah beri jawatan itu kepada anaknya?
Sedangkan 4 khalifah sebelum ini menjadikan syura sebagai penentu jawatan khalifah.

Hang nak tahu hang kena tanya si Anwar Ibrahim
Apa sal dia beriya-iya dan jadi PM.



ZULZALYYZUKARNAIN


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Adalah amat malang seorang tokoh politik menyeru golongan muda mencontohi sahabat Rasulullah S.A.W. tetapi tokoh politik itu sendiri adalah kepala bapak liberal yang telah menghina Islam. Cakap tidak serupa bikin bagai pakatun dengan lidah biawak.

    BalasPadam
  2. Peringatan untuk semua umat Islam:

    Jangan hina sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. seperti Muawiyyah kerana mereka lebih baik dan lebih mulia dari kita. Mereka sanggup berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk membela Rasulullah dan Islam sedangkan ramai di antara kita yang mati di atas katil , kerusi menonton bola dan movie dll .

    Bahkan sumbangan mereka kepada perjuangan Islam adalah lebih besar dari kita yang menjadi pengecut yang suka diam membisu setiap kali kepala bapak munafik liberal dan kepala bapak kafir harbi menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Proffesor Hamka berkata:

    Jika Islam dihina dan kamu berdiam diri , gantikan pakaian kamu dengan kain kafan.

    BalasPadam
  3. ada 4 khalifah yang sama kualitinya kenapa satu orang saja di suruh ikut

    ada banyak cara nak goreng BN, kenapa janji palsu yang dijadikan bahan dan ramuan.

    ada banyak calon berpostensi ke Putrajaya kenapa yang satu itu saja yang akhirnya akan menentukan siapa pengganti Putrajaya seterusnya

    macam mana nak timba ilmu kalau pendidikan bukanlah percuma dan pihak yang berjanji akhirnya kencing merata2

    akhir sekali macam mana demokrezi nak maju kalau ia hanya alat untuk dimanipulasi bagi kepentingan individu dan dan nepotis

    BalasPadam