Header Ads

ads header

Flash News

Penjara tak buat Anwar faham derita rakyat, tapi membuatkan Anwar makin rakus


Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pandangan sinis segelintir golongan muda yang beliau sudah tua dan tidak lagi relevan untuk memimpin.


Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR dan juga ketua umum Pakatan Harapan berkata, pengalaman dipenjarakan selama 11 tahun menjadikan beliau seorang yang cukup memahami masalah rakyat, khususnya derita golongan bawahan apabila menjadi pemimpin nanti.

“Ada pandangan sinis yang mengatakan saya sudah tua dan tidak lagi relevan (untuk kembali ke dalam kerajaan),” katanya berucap dalam Majlis Makan Malam Pidato Malaysia Baru: Mengisi Harapan Rakyat, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam ini.

Anwar menjelaskan semasa di penjara, beliau banyak bergaul dengan golongan bawahan yang hampir 90% ialah penghuni penjara dan warga asing.
“Saya pernah menyaksikan anak muda yang dipenjarakan kerana hanya mencuri seluar jeans dan warga asing yang datang ke sini untuk mencari rezeki, tetapi ditipu dan dihukum penjara.”

Minta maaf aku kadang kala gelak aje apabila dengar Anwar bercakap kerana satu antara kelebihan Anwar ialah percakapannya. Melalui percakapannya ramai yang kena 'kencing' (istilah selepas kerajaan PH)
Penjara membuatkan Anwar faham derita rakyat?
Ini satu lagi nak kencing penyokong.

Masih ingatlagi Anwar ke Terengganu untuk memaksa Abdul Hadi menanda tangan persetujuan untuk isterinya jadi MB Selangor?

Mereka bertemu bagi memecat TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan mula-mula nak ganti dia (Anwar) jadi MB, tapi Allah takdirkan dia tak boleh bertanding, kemudian ganti dengan isterinya Wan Azizah.

Abdul Hadi dikatakan memerahi Anwar. petikan percakapan Abdul Hadi kepada Anwar, "Ana ingat enta telah serik (insaf) setelah kena penjara"?
Abdul Hadi kata lagi "Ini semua punca enta jadi KHADAM TUN MAHATHIR selama 16 tahun"?

Anwar Ibrahim datang bertemu Abdul Hadi bagi "memaksa" Abdul Hadi menandatangani memorandum untuk diberikan kepada Sultan Selangor hanya Datin Seri Wan Azizah sahaja calom Menteri Besar Selangor?

Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan baik dan Anwar Ibrahim marah-marah dengan suara yang nyaring. Ada 6 orang saksi semasa pertemuan tersebut, salah seorangnya ialah Saifudin Nasution. Anda boleh bertanya si Saifuddin ini untuk pengesahan.

Akhirnya 2 perkataan di atas membuatkan Anwar terus ter'duduk'.



Ini adalah gambar dirakamkan oleh BERNAMA semasa Anwar balik daripada pertemuan dengan Abdul Hadi di lapang terbang Kuala Terengganu. Sehingga ada troll rambut Anwar telah jadi rambut TS Khalid Ibrahim.

Hari ini Anwar bawa cerita bahawa PENJARA MENGAJAR DIA ERTI DERITA RAKYAT.
Anwar engkau masih belum berubah dan Anwar kena tahu MAHATHIR JUGA BELUM BERUBAH.

Agaknya boleh 2 ekor singa ada pada satu puncak gunung?

ZULZALLYZUKARNAIN



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. tangan kiri amalkan idealism, tangan kanan nepotism dan kronism

    tak ada apa yang boleh di hu hah hu hah kan melainkan hipokrasi yang tertonjol

    BalasPadam
  2. Dalam drama bersiri, seorang banduan yang telah didapati bersalah dan dihukum penjara oleh hakim mahkamah kerana kesalahan liwat dll berdasarkan bukti dan saksi.

    Pada mulanya lakonan watak banduan itu berjaya meraih simpati para penonton tetapi kualiti lakonannya semakin lama semakin merundum kerana terlebih berlakon seperti wayang opera menyebabkan para penonton hilang simpati terhadap banduan tersebut apabila mereka menyedari perjuangan si banduan itu adalah perjuangan peribadi bukan perjuangan untuk rakyat dan negara !

    Dan akhirnya 'bersih' menjadi 'kotor' dan 'reformasi' menjadi 'basi' setelah pakatan syiah-liberal-kafir harbi berkuasa dan menipu rakyat tanpa sebarang tentangan dari puak 'bersih' atau puak 'reformasi' seolah-olah semua itu telah mati apabila banduan tersebut dibebaskan !

    Inilah falsampah 'matlamat menghalalkan cara' yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin berlidah biawak dalam drama bersiri tersebut.

    BalasPadam
  3. Saya ada mix feeling tentang DSAI. Pendirian dia berubah-ubah ikut sebelah mana dia bangun dari katil pada waktu pagi.
    Pelik. Tak boleh pakai. Sekejap kita simpati sekejap kita benci.
    Segala langkah yang dibuatnya sewaktu dalam Pakatan Rakyat dari Langkah Lompat parti hinggalah ke Langkah Kajang akhirnya banyak merugikan kita.

    Apakah agendanya ? Jelas tapi tak jelas. Suatu hari dia berceramah berlandaskan Al Quran tapi hari esoknya berhujah melanggar Al Quran.

    Apakah dia ini ? Manusia atau haiwan atau kedua-duanya sekali. ? Bagaimana seorang manusia boleh menjadi pelik seperti insan ini ?

    Gelojoh , rakus dan tamak. Pentingkan diri sendiri. Itulah sebenarnya DSAI. Apa tidak adakah orang lain dalam PKR yang lebih layak memegang tampuk pemerintahan ? Mengapakah dibulinya anak buah hanya untuk memberikannya laluan untuk menjadi PM ?

    Ini politik buli namanya.


    Sudahlah. Cukuplah permainan sumbang ini.
    Kita perlu mengambil langkah berani dalam membentuk suatu budaya yang matang dan sejahtera. Bukan buli seperti yang ditunjukkan oleh Pakatan Harapan.

    BalasPadam