Header Ads

ads header

Flash News

Azmin mendahului Rafizi di Pulau Pinang


Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli PKR Pulau Pinang yang mengundinya dalam saingan mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR menerusi pemilihan parti yang diadakan di negeri itu, kelmarin.

“Terima kasih Pulau Pinang,” ciapnya melalui akaun Twitter beliau hari ini.

Mohamed Azmin menerima 3,326 undi berbanding Rafizi Ramli dengan 3,150 undi, sekali gus membolehkan beliau kini mendahului pesaingnya dengan hanya kelebihan 176 undi.

Bagaimanapun, pertandingan bagi jawatan utama lain dalam parti tidaklah terlalu sengit. Anggota PKR Pulau Pinang memilih individu yang rapat dengan Mohamed Azmin untuk tiga daripada empat jawatan naib presiden PKR. Ini termasuk juga untuk jawatan ketua dan naib ketua AMK serta sayap wanita parti itu.

Nurul Izzah Anwar mendapat undi terbanyak bagi pertandingan jawatan naib presiden PKR dengan meraih 4,039 undi dan jauh meninggalkan pencabarnya.

Beliau dilihat sebagai rapat dengan kem Rafizi tetapi pesaing untuk naib presiden PKR itu agak berat hati untuk mengumumkan hal tersebut.

Tiga calon lain yang mendapat undi paling banyak daripada kem Mohamed Azmin, ialah Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (2,646 undi), bekas anggota parlimen Batu, Tian Chua (2,577 undi) dan MP Kuala Langat Xavier Jeyakumar (2,316 undi).

Malah calon kelima, iaitu Anggota Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin yang memperolehi 1,533 undi, juga adalah sekutu Mohamed Azmin.

Empat calon utama yang mendapat undi paling banyak di seluruh negara akan mengisi empat jawatan naib presiden.

Pemilihan PKR akan berakhir pada minggu pertama November ini, dengan hanya PKR Pulau Pinang sahaja yang sudah menyelesaikan pemilihan parti.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan