Header Ads

ads header

Flash News

Dituduh Curang Dengan Suami Orang, Timb Menteri Lapor Polis


PETALING JAYA – Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis menafikan dakwaan skandal melibatkan dirinya dengan seorang pemuda berstatus suami orang.

Susulan itu, Isnaraissah membuat laporan polis pada Isnin bagi membersihkan namanya berhubung tuduhan berkenaan.

Laporan yang dibuat di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada Isnin kemudiannya dimuat naik ke laman Facebook milik Isnaraissah pada hari yang sama.


“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak terlibat sebagaimana yang diperkatakan sebuah blog mengaitkan nama saya.

“Artikel blog ini berniat jahat untuk mengaibkan dan menggugat integriti saya sebagai seorang wakil rakyat.

“Saya telah membuat laporan polis mengenai hal ini. Wassalam dan Selamat Malam,” tulis Isnaraissah.


Laporan polis yang dimuat naik di laman Facebook miliknya pada Isnin.

Posting berkenaan yang dimuat naik kurang 24 jam lalu menerima lebih 1,000 tanda suka dan dikongsi lebih 300 pelayar Facebook.

Sementara itu, tuduhan kecurangan Isnaraissah dengan pemuda yang dikatakan bekerja sebagai pembantunya telah dibuat penulis blog Raja Petra pada Sabtu lalu.

Menerusi pendedahan itu, Raja Petra mendakwa isteri pemuda berkenaan turut membuat laporan polis gara-gara dipukul kerana bertanyakan mengenai hubungan suaminya bersama Isnaraissah.

Dalam laporan polis yang dibuat, Isnaraisaah berkata, dia dimaklumkan mengenai dakwaan blog tersebut oleh rakannya pada Isnin menerusi pautan yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

Untuk rekod, Isnaraissah dilantik mengisi jawatan dalam kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersama 13 menteri dan 22 timbalan menteri pada 2 Julai lalu. – The Star/mStar Online


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan