Header Ads

ads header

Flash News

Bersatu parti untuk kroni, ahli biasa dianak tiri


Sambutan 2 tahun Bersatu....

Sebelum sy mulakan...sy mohon maaf jika ada yg terasa dengan posting sy ni....

8 September 2018 merupakan tarikh sambutan ulangtahun ke 2 Bersatu...Sy seorang ahli biasa seperti tahun lepas yg diadakan di Muar Johor ingin menyaksikan sndiri hadir sambutan selepas kejayaan PRU 14 yg pada hemat sy pasti akan ada satu sambutan yg luar biasa dari akar umbi disamping tujuan asal sy utk sama2 meraikan bersama pejuang2 yg telah berjuang bg memastikan kejayaan pd PRU yg lepas....

Berkobar2 sy untuk hadir pada sambutan tahun ini...sy smpai pada 7 September malam dan terus stadium...Dalam hati sy setelah melihat persiapan yg dibuat pasti esok ramai pejuang2 asal dan akar umbi memenuhi kawasan stadium....

Keesokan harinya...Sabtu setelah sy selesai beberapa perkara...sy ke stadium dan smpai lebih kurang jam 6 melihat kawasan parking kenderaan yg masih lengang tidak seperti majlis Perasmian pada 2 tahun lepas di tempat yg sama dan sambutan setahun yg lepas di Muar yg mana mmg tpt parking pasti sudah penuh sehinggaksn nk brjalan pun susah....Dalam hati kecil berkata....mgkin masih blom rmai yg smpai....

Kemudian sy naik ke tempat2 jualan khemah mmg terasa kehadiran sgt2 mendukacitakan....Sewaktu duduk mkn di area food truck...terdengar petugas2 cuba memujuk org ramai yg berada diluar untuk masuk ke dalam stadiumkerana keadaan didlm stadium amat menyedihkan....

Sewaktu berada di luar....terjumpa rakan2 lama dr serata negeri mula menceritakan ttg keadaan semasa....ada yg beritahu majoriti ahli akar mmg memboikot acara ini kerana kebnyakan dari mereka frust dgn apa yg berlaku kebelakangan ini..

Manakan tidak kecewa....kebnyakan pemimpin2 yg telah bergelar YAB..YB mahupun KB2 yg ada telah mula menunjukkan besar kepala....

Ada juga yg telah memberikan tempat pada bekas2 ahli UMNO yg dulunya secara terang2an menghina Bersatu....menghina Tun tp sekarang ada YAB/YB telah beri mereka tempat istimewa pada mereka dan langsung tidak memperdulikan ahli2 akar umbi yg telah bersusah payah selama ni....

Dimana janji2 yg dulunya masa masih diblok pembangkang yg akar umbi ni tidak akan di anak tirikan???Itulah dia org politik bila berjanji....

Disamping tu trdgr juga rungutan2 dr KB2 yg merungut terpaksa menutup pejabat Parti kerana sehingga kehari ini tiada lagi bantuan yg disalurkan baik dari pihak negeri mahupun pusat....Apa yg terjadi sebenarnya????

Disamping itu jgk ada jugak kedengaran sambutan ini tidak mendapat liputan promosi yg menyeluruh...yelah....terdengar rungutan dr beberapa pihak yg bertugas mengenai banner dan bunting....

Benda2 tu sepatutnya dh dipasang sekurang2nya 2/3 hari sebelum sambutan...tp bahan2 tu sampai di stadium pada petang jam 6 lbih pada 7 September dan pada sebelah malamnya baru nk dipasang sekeliling Shah Alam.....knape benda2 mcm ni terjadi???

Sedih....itu adalah apa yg sebenarnya telah berlaku.....dan kesimpulan sy sendiri sbgai ahli biasa yg sebenarnya akar umbi sebenarnya telah mula bosan dgn perangai sorang2 yg dh bergelar YAB/YB mahupun KB2 yg nmpknya dh mula menyusun kroni utk kepentingan peribadi mereka shj yg menyebabkan sambutan pada kali ini...mmg sgt hambar...

Akhir kata sy mohon maaf jika ada pihak2 yg terasa dgn kenyataan sy....Cuma sy sbgai ahli biasa ckp dari perspektif akar umbi....Jika masih terus menganak tirikan ahli2 yg tak de kelas ni....Ntahlah...Dan sy sendiri secara peribadi masih bertahan hanyalah kerana Tun Mahathir yg benar2 mahukan perubahan TOTAL yg masih tiada usaha ke arah tu yg ditunjukkan baik dari peringkat bahagian...negeri....mahupun pusat...

Jangan kita nafikan benda yg BENAR!!!!!
Ok done!!!


MR : BERSATU ditubuhkan kerana nak selamatkan kroni daripada perebutan kuasa dengan Najib. Tak lebih daripada itu....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan