Header Ads

ads header

Flash News

Calon ketua wanita PKR gesa tindakan pada SU Agung, JPP


Calon ketua wanita PKR Haniza Talha menggesa tindakan diambil terhadap Setiausaha Agung parti Datuk Saifuddin Nasution dan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) susulan gangguan dalam sistem undian elektronik PKR yang menyaksikan keputusan di beberapa negeri ditangguhkan atau dibatalkan.

Haniza yang juga penyandang Timbalan Ketua Wanita PKR dan exco Selangor turut mempersoalkan sikap berkecuali Saifuddin dalam mengendalikan pemilihan parti.

"Amaran dan desakan oleh pimpinan dan anggota kepada setiausaha agung tentang sistem baru yang dikhuatiri kemampuan, ketelusan dan kestabilan telah dinyatakan berkali-kali namun tidak diambil perhatian.

"Perkara yang dikhuatiri akan berlaku sudah terjadi dan Jawatankuasa Pemilihan Parti tidak bersedia langsung dengan kemungkinan kegagalan sistem sehingga terpaksa membatalkan proses pemilihan di negeri-negeri.

"Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini mewajarkan keputusan yang tegas diambil oleh kepimpinan tertinggi parti terhadap Setiausaha Agong dan JPP.

"JPP patut digantikan dengan badan bebas seperti Bersih untuk mengendali proses pemilihan kali ini," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Haniza berkata Saifuddin pada beberapa kesempatan kelihatan menyuarakan sokongan terhadap calon tertentu yang bertanding.

"Wanita Keadilan juga berpandangan, setiausaha agung harus bersifat neutral dalam urusan pengendalian pemilihan selepas ini kerana beberapa kali telah dilihat menzahirkan sokongan kepada calon yang bertanding," katanya.

Keputusan pemilihan PKR Kedah dibatalkan selepas pengundi berhadapan masalah teknikal dengan sistem undian elektronik.

Proses pengundian di negeri lain ditunda sementara menunggu resolusi parti.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan