Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan PH yang tidak amanah, bukan peminjam, kata Datuk Shamsul Anuar


PETALING JAYA: Bekas pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata kerajaan Pakatan Harapan patut menuding pada diri sendiri dan bukannya membidas peminjam selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dia malu melihat banyak hutang yang terbiar tidak dibayar.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengingatkan peminjam yang tidak mahu membayar hutang itu termakan janji pilihan raya PH.

“Apabila janji tidak ditunai itu sebenarnya tidak amanah,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini Dr Mahathir membidas peminjam yang gagal membayar hutang bantuan pengajian dari kerajaan sebagai tidak amanah, tidak bertanggungjawab dan tiada perasaan malu kerana sengaja enggan membayarnya.

PH dalam manifesto pilihan rayanya berjanji untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam bergaji di bawah RM4,000 sebulan.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan baru-baru ini dilapor berkata ramai peminjam yang dibentuk pada zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berat membayar hutang.

“Akibat sikap sambil lewa terhadap hutang yang diajar oleh Najib, maka hutang PTPTN melebihi RM36 billion, malahan mencecah RM40 billion,” kata Wan Saiful lapor Sinar Harian.

Shamsul bagaimanapun menepis tuduhan itu.

“Lihatlah siapa yang tidak bayarnya. Ada antara mereka daripada kumpulan pertama atau terawal mendapat pinjaman yakni sebelum Najib Razak menjadi perdana menteri lagi,” katanya.

Beliau berkata PH perlu memikirkan usaha menghalakkan peminjam PTPTN membayar balik hutang mereka.

“Kerajaan Barisan Nasional melakukan pelbagai usaha dan tidak menyalah atau memaksa mereka membayar saja malah melaksanakan konsep mesra pelanggan atau #bolehbincang,” katanya.

Shamsul melepaskan jawatan sebagai pengerusi PTPTN pada 15 Mei lalu, susulan kekalahan kerajaan BN pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. yg peliknya Maszlee kata jgn pedulikan manisfeto hutang tetap hutang kena bayar dia lupa hutang yg dihalalkan itu lebeh baik kalaulah ph halalkan rasanya ............

    BalasPadam
  2. Siapa yang tidak amanah dan tidak bermoral sebenarnya .... rakyat atau pakatan syiah-liberal-kafir harbi?

    Jawapan:

    Yang tidak amanah dan tidak bermoral ialah pakatan syiah-liberal-kafir harbi sendiri yang menjadi pemerintah dan berkuasa untuk melaksanakan semua janji pakatan tetapi malangnya pakatan munafik ini sengaja mencipta pelbagai alasan karut marut, putar belit, fitnah dan u-turn untuk menipu rakyat dengan memungkiri pelbagai janji pakatan untuk rakyat !

    BalasPadam