Header Ads

ads header

Flash News

Hadi Awang minta perbandingan sebatan syariah dan sivil dilakukan


PAS berpendapat pihak yang terlibat dalam isu hukuman sebatan ke atas pesalah dua wanita lesbian baru-baru ini seharusnya membuat perbandingan terlebih dahulu antara sebatan syariah dan sebatan sivil.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan yang dibuat pada hari ini kebanyakkan diperoleh secara spontan.

“Sepatutnya mereka perlu kaji dahulu perbezaan sebatan syariah dan sivil. Saya yakin sekiranya perbandingan dibuat secara adil, orang bukan Islam juga akan pilih sebatan syariah yang tujuannya mendidik dan tidak menyeksa pesalah. Saya percaya ini akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi video pendek berdurasi seminit yang dimuat naik di laman Twitter rasmi beliau.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut Hadi turut bersetuju dengan kenyataannya dan menganggap mereka yang menentang isu berkenaan sebenarnya adalah golongan tegar politik tanpa mengira agama yang takut terhadap penguatkuasaan serta pematuhan kepada sistem perundangan Islam.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa hukuman sebat yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah Terengganu dianggap satu hukuman yang melihatkan Islam sebagai agama yang suka menghukum dan bengis.

Dr Mahathir berkata, hukuman tersebut bukan cara yang digalakkan oleh Islam dan kerajaan berharap agar semua pihak berhati-hati dalam mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur dan tidak ada bertimbang rasa.

MR : Kadang kala kritikan datang daripada mereka yang sendiri buta maklumat dan membuat persepsi buruk melalui berita yang tak jelas....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. cakap banyak tak guna. rhetorik tidak kemana-mana. sementelahan dewan dah dikuasai, gunakanlah dewan untuk ubah apa yang dirasakan betul. itu baru cakap serupa bikin dan baru boleh dikatakan ada 'bolla'.

    BalasPadam
  2. Tak mahu cerita banyak. Asalkan apa yg dtg drp Islam pasti atuk akan tentang. Tak kira la perkara tu baik.

    BalasPadam