Header Ads

ads header

Flash News

Guan Eng jahil jangka harga rumah turun dengan pengecualian SST


Menteri Kewangan Lim Guan Eng menunjukkan kejahilannya apabila menjangka harga rumah akan turun selepas dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata pemuda MCA.

"Lim tiada pertimbangan wajar yang asas apabila menjangka dengan pengecualian SST, yang akan diberikan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) kepada perkhidmatan pembinaan dan bahan binaan tertentu, akan membuatkan harga rumah menurun.

"Dia berada dalam khayalan atau cuba memanipulasi bakal pembeli memandangkan dia gagal faham yang pengecualian SST terhadap perkhidmatan pembinaan, pasir, besi dan simen semata-mata akan menyelesaikan masalah," kata Naib Pengerusi Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keyakinan Lim itu menunjukkan beliau tiada pengetahuan tetapi cuba berlagak "benar" sehingga mengelirukan orang ramai.



Wong berkata ada orang yang membeli hartanah sebagai pelaburan dan ia akan tetap membuatkan harga rumah meningkat.

Bank Negara mungkin telah merangka langkah untuk meredakan industri hartanah seperti mengetatkan syarat pinjaman, tetapi golongan yang paling banyak terkesan adalah pembeli perumahan kos rendah dan sederhana, katanya lagi.

Katanya lagi, ini kerana bank menetapkan nilai ambang lebih tinggi atau terma yang lebih ketat buat pemohon, yang memberi kesan kepada ramai pembeli kali pertama.

Dua hari lalu, Lim berkata beliau berharap akan ada perubahan terhadap harga rumah selepas kerajaan tidak mengutip SST untuk perkhidmatan pembinaan.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. yang pasti turun adalah jumlah pungutan cukai. yang tak akan turun adalah margin keuntungan bahkan akan naik bila SST dikecualikan.

    BalasPadam