Header Ads

ads header

Flash News

Tidak wajar Dr. Mahathir jadikan PTPTN contoh Melayu malas kata Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak tidak setuju Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan isu pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai contoh untuk menyatakan kaum Melayu sebagai malas dan tidak bertanggungjawab.

Najib berkata sejak 10 tahun lepas prestasi pembayaran semula PTPTN tidak begitu memuaskan antaranya disebabkan hasutan dari pihak pembangkang ketika itu yang menjanjikan pemansuhan hutang PTPTN sekiranya menang pilihan raya umum.

“Dalam isu PTPTN bukan sahaja kaum Melayu tidak membayar tetapi ramai juga peminjam dari kalangan kaum-kaum lain yang menerima pinjaman PTPTN kerana termakan hasutan Pakatan.

“Hakikatnya, Pakatan yang merosakkan PTPTN dan mereka tidak patut menggunakan isu ini sebagai alasan untuk menyalahkan satu kaum sahaja. Maka, Pakatan perlu bertanggungjawab terhadap tindakan ramai yang tak mahu membayar pinjaman PTPTN,” kata Najib.

Najib berkata, oleh kerana kerajaan Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan hutang PTPTN seperti dijanjikan beliau menyeru kepada semua peminjam tak kira bangsa untuk menunaikan tanggungjawab mereka membayar balik pinjaman mengikut kemampuan masing-masing.

Ini agar lebih ramai lagi pelajar-pelajar boleh mendapat bantuan PTPTN pada masa depan.




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. PTPTN tidak hapus yang dihapuskan adalah saman EAES. Ini seperti mengambil berat akan kebajikan pemandu yang melakukan pecutan tapi buat tidak acoh tak acoh akan pecutan anak bangsa menuju menara gading untuk mengejar keilmuan. Salah letak prioriti.

    BalasPadam
  2. Tahniah dan syabas kepada orang-orang Melayu yang menyokong dan mengundi pakatun pimpinan Maha Qarun kerana Maha Qarun telah memberikan gelaran istimewa ' malas dan tidak bertanggungjawab' kepada kaum Melayu.

    Bukankah gelaran ini membuktikan tindakan sebilangan orang Melayu menolong pakatun menang dalam pru adalah seperti melepaskan anjing tersepit?

    BalasPadam