Header Ads

ads header

Flash News

SB lapor pemimpin DAP mahu pisahkan semenanjung kata Hanif


Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar mendakwa cadangan DAP untuk memisahkan semenanjung kepada dua bahagian, untuk orang Melayu dan bukan Melayu, diperolehi daripada hasl laporan risikian polis Cawangan Khas (SB).

Dalam wawancara bersama Sinar Harian yang disiarkan hari ini, beliau mempertahankan dakwaan itu yang dibuat dalam satu majlis di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, minggu lalu.

Beliau mendakwa seorang pemimpin DAP mengusulkan cadangan pemisahan itu di Eropah selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Beliau mendapat laporan itu atas kapasiti sebagai Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada masa itu.

“Maklumat tersebut sampai kepada saya melalui SB. Ketika itu Tun Mohamed Salleh Ismael merupakan ketua polis negara.

“Dia beri taklimat kepada Mageran setiap minggu tapi kalau ada yang penting sebelum sampai masa taklimat, mereka (SB) hantar kepada saya laporannya.

“Saya juga laporkan kepada Tun Razak (Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein),” katanya seperti dipetik.

Hanif tidak menamakan pemimpin DAP itu, tetapi pada 6 September lalu beliau dilaporkan berkata beliau bertindak menahan Lim Kit Siang selama 18 bulan selepas dakwaan cadangan memisahkan semenanjung itu dibuat.

Lim menafikan dakwaan itu keesokannya dan memberi masa 48 jam untuk Hanif memohon maaf.

Peguam Lim dijangka memfailkan saman fitnah esok selepas Hanif tidak berbuat demikian.

Sepatutnya LIM KIT SIANG kena tanya Mahathir dalam isu ini betul atau tidak kenyataan TS Hanif
 Dalam wawancara hari ini, Hanif bagaimanapun menjelaskan beliau mengarahkan penahanan Lim ketika Ops Lalang 1987, bukannya susulan peristiwa 13 Mei.

"Dalam ucapan itu, saya cakap pasal komunis, lepas itu perkauman, bila mulanya. Melayu dengan Cina tidak pernah bergaduh sebelum itu.

“Pada 1987 ada Operasi Lalang, Kit Siang antara yang ditahan oleh saya ketika saya menjadi Ketua Polis Negara. Itu yang saya maksudkan, bukan saya arahkan dia ditahan pada 1969," katanya seperti dipetik.

Hanif juga berkata beliau tidak berniat untuk memburukkan DAP dalam ucapannya minggu lalu, tetapi sekadar perkongsian pengalaman dalam Mageran.

Menurut laporan itu lagi, Hanif dilihat tidak marah dengan Lim yang menggelarnya sebagai nyanyuk, dan berkata beliau tiada masalah peribadi dengan tokoh DAP itu.

“Selepas dia keluar daripada tahanan, saya ada buat rumah terbuka dan dia (Kit Siang) datang ke rumah saya. Masalah peribadi memang tiada, saya dengan siapa pun memang tiada masalah,” katanya lagi.


MR : Makin hari makin terburai kebusukan Tun Mahathir dan PH akan dilingkupkan oleh Mahathir....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

6 ulasan:

  1. royalti petrol banyak digunakan untuk membangunkan bandar2 di pantai barat. tanpa royalti berkenaan pantai barat adalah sama seperti pantai timur sekarang ini.

    dan kalaulah impian pemisahan timor dan barat jadi kenyataan satu masa dulu, tentunya pantai timor yang kaya dengan hasil bumi akan jadi lebih kaya dan maju berbanding pantai barat.

    jika itu berlaku maka berbondong-bondonglah RBA berhijrah ke pantai timur. apapun RBA harus berterima kasih kepada Umno terutama PM7 atas pembangunan pantai barat selama 61 tahun itu.

    BalasPadam
  2. Seorang Robin Hood tua telah menyamun petroleum di negeri-negeri miskin di pantai timur untuk membantu puak kaya di negeri-negeri pantai barat.

    Berbeza dengan Robin Hood Englang yang merompak orang kaya untuk membantu orang miskin.

    Robin Hood mana yang baik hati ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambah pulak Nobita suruh negeri yg kena rompak tu belanja berhemah..

      Padam
    2. namakan aje perompak harta rakyat..aku sebagai rakyat terengganu tak akan menghalalkan pitih rakyat terengganu yang dirompak semenjak 1999 sehingga sekarang celaka kau mader gila

      Padam
  3. Kepala bapak biaDAP adalah penjilat parti komunis malaya.

    BalasPadam
  4. Dulu apek ini juga yang suruh Tun-kang respons pada tuduhan WSJ...Tun-kang tak beri respons.

    Sekarang apek hendak Jibkung untuk respons kepada tuduhan WSJ..hendak ker?

    Lepas ni mungkin Anukong pulak diminta untuk respons kepada tuduhan WSJ?... bersedialah kamu hai Anukong!

    BalasPadam