Header Ads

ads header

Flash News

Hubungan UMNO-PAS Boleh Pergi Lebih Jauh Dari Sekarang – Ketua Penerangan UMNO


UMNO mesti berubah mengikut landskap politik semasa !

Untuk pergi lebih jauh, hubungan politik dari kepelbagaian aspek termasuk UMNO-PAS adalah permulaan langkah yang terbaik.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melahirkan keyakinan yang tinggi kepada parti ini (UMNO) untuk memahami dan menyedari akan perubahan landskap politik semasa.
“Asalkan prinsip dan falsafah parti kekal tidak berubah, saya percaya pimpinan dan ahli UMNO di pelbagai peringkat akan menyokong sebarang usaha demi masa depan UMNO.

“Ini termasuklah berkaitan perkembangan politik UMNO dan PAS.

“Kerana itu bila mengikuti perkembangan terbaru hubungan UMNO dengan PAS, ia suatu yang baik bagi masa depan kedua dua parti juga rakan dalam Barisan Nasional.
“Sudah tentu juga rakyat Malaysia. Hubungan ini, pasti akan menjadi yang lebih baik daripada Kerajaan PH yang ketika ini ” bercelaru ” memerintah Malaysia,” katanya pada perjumpaan bersama Ketua Penerangan UMNO Kelantan empat peringkat di sini.
Menurut Shamsul, bagi kebanyakan rakyat yang mengikuti perkembangan politik UMNO dan PAS, pasti tahu sejarah hubungan kedua parti tersebut dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
“Jadi saya harap ianya disambut baik.
“Walau masih awal,  saya berkeyakinan bahawa hubungan PAS dan UMNO boleh pergi lebih jauh daripada sekarang. UMNO dan PAS serta rakan BN yang lain, telah melakukan yang baik sebagai pembangkang di parlimen,” katanya.
Kerjasama ini, menurut Shamsul, akan terus memasuki fasa baru apabila kehadiran Presiden UMNO di pentas PAS semasa PRK Seri Setia.

“Kemudian bersama  dengan pimpinan tertinggi UMNO ke Muktamar PAS minggu ini.
“Ini suatu perkembangan yang amat baik,” kata Shamsul.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan