Header Ads

ads header

Flash News

Pegang janji Ayah ganti Dr Mahathir, gesa Anak Anwar



KUALA LUMPUR, 17 Sept ― Nurul Izzah Anwar menggesa janji peralihan kuasa kepada bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipatuhi oleh semua pihak.

“[Ada] perjanjian yang mengikat semua parti dalam Pakatan Harapan (PH), ia mengikat dari proses peralihan daripada perdana menteri yang dipilih kepada Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu seminar di sini semalam seperti dilapor Berita Harian.

Rancangan peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar, yang dipenjara, diumumkan beberapa bulan sebelum pilihan raya umum lalu.

Nurul Izzah berkata kenyataan ini dikeluarkan oleh presiden Amanah Mohamad Sabu dan juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Dalam majlis berasingan semalam, lapor New Straits Times, Anwar percaya Dr Mahathir akan memegang janji dan melepaskan jawatan itu kepadanya.

“Kita mencapai persetujuan beliau [Dr Mahathir] akan menjadi perdana menteri jika PH menang pilihan raya umum dan jawatan itu diserah kepada saya kemudian,” katanya.

Anwar juga menempelak pihak yang menyebarkan dakwaan beliau sudah tua dan tidak lagi relevan untuk mentadbir negara ini.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Buat lawak tulll .. Janji kepada 36 juta rakyat Malaysia dan mereka yang mengundi PH yang berjuta tu pun dia kata tak perlu diikut. Diorang sanggup TANGGUNG dosa kerana tak tunai janji tu. Ni kan pula untuk KO SORANG !!! kakakakah. Geng raja lawak .. gitu lerrrr.

    BalasPadam