Header Ads

ads header

Flash News

Kemenangan Di Sebalik Kekalahan


Tahniah PAS & UMNO. Seri Setia membuahkan kerjasama merungkai kesenjangan yang panjang. Langkah beribu bermula derap pertama, asalkan terus melangkah pada aspal politik Islam & nasionalis yang bakal di sulin bagi mencernakan posisi politik Melayu Muslim berpaksi agama dan adab budaya.

Jika masih ada CT yang gatal mulut menidakkan kerjasama@Ta'awun Pas&Umno, tunjukkan keputusan pengundian kepada Pas pada pru 14 di bandingkan PRK ini. Agar ianya reti berpolitik, pun begitu kekesalan masih sebahagian Melayu melewehkan PRK hingga santai bercuti atau meregang badan di hadapan TV, tak apa, tidak ubah apa² dan meremehkan signal utk 4/5 tahun mendatang. Jika buruk kerajaan PH, mereka adalah antara penyebabnya.

Saya tidak berminat mengulas kemenangan PKR atau kekalahan PAS yang tidak pernah pun serik, sebaliknya saya mengucapkan tahniah kepada Umno yang menyumbang lebih 3,500 undi kepada Dr. Halimah Ali. Figura yang lebih jauh berkualiti dari calon PKR, calon yang mendapat hanya 10% undi Melayu dan 99% undi kaum Tionghua. Pkr sendiri kehilangan undi 53% (15 525), trend ini akan berterusan dan untuk PRU masa depan jika terjadinya pertandingan 2 penjuru, ianya bakal melemaskan PH, yang sarat bermasalah.

Umno, dari DS Dr Zahid, Dt. Ismail Sabri, wanita, pemuda dan puteri sanggup menyinsing lengang bersama Pas, itu yang sangat di geruni Dap, T.M dan PH.

Kesatuan 2 parti utama bangsa Melayu & Muslim adalah satu bentuk ancaman kepada establishment PH yang berpaksi kekuatan DAP sebenarnya. Kesurupan adalah satu bentuk penyakit jiwa bakal menjengah PH. Gelap malam ada bulannya, gelap hati, matilah lebih baik buatnya. Hidup pun menghamba diri, di suruh pergi, bergegas berlari, di suruh menjilat, menghirup berkilat. Apalah sangat tuahnya badan tangan di kacip leher di kekang. Anjing pada perkebunan orang.

Kelansungan kerjasama@Ta'awun ini amat perlu bagi menguatkan bangsa yang makin terjejas dengan penglibatan juak² si Kitol, Pandir dan Jenin, yang bingkas mempertahankan "ketuanan" bangsa pendatang tersebut. Maaf, seperti saya rasis, tapi itulah realitinya. Melayu terus di dendangkan lagu² harapan sambil beronggeng melupakan agenda memperkasakan ummah.

4/5 tahun adalah masa yang cukup bagi menanam benih penyatuan tetapi cukup jika kerjasama sahaja. Setiap ahli hingga ke pimpinan WAJIB menyingkirkan prejudis dan dendam, ambil iktibar sebagaimana Rasulullah menerima Abu Sufiyan dalam peristiwa Fattal Mekah.

TAHNIAH dari penulis kecil ini.

HASSAN TSABITT II08/09/2018

#Muhasabah Demi Ummah.
#MCTP


MR : PRK ini adalah di kubu kuat DAP dan jika UMNO-PAS boleh bersama banyak negeri pada PRU-15 akan jatuh kepada PAS dan UMNO. ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. insyaallah selepas ni sinar islam akan menyinari bumi malaysia

    BalasPadam