Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin bubar BERSATU Negeri Sembilan


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan BERSATU Negeri Sembilan dibubarkan kerana mempunyai banyak masalah.

"Kita guna pakai keputusan bubar BERSATU yang telah tertubuh awal untuk Negeri Sembilan kerana kita ada banyak masalah.

"Jadi (jabatan pendaftar pertubuhan) ROS bagi nasihat untuk bubar dan lantik semula pimpinan di peringkat negeri," kata Muhyiddin selaku presiden parti itu pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU, hari ini.

Muhyiddin yang juga adalah menteri dalam negeri yang bertanggungjawab terhadap jabatan pendaftar pertubuhan berkata, Tan Sri Rais Yatim akan mengetuai penubuhan baru BERSATU di Negeri Sembilan.

Ketika ditanya apa masalah yang dihadapi BERSATU kawasan itu, Muhyiddin berkata: "Kita berhadapan banyak masalah, ada yang buat laporan polis, buat sidang media... saya tak nak ulas panjang," katanya.

Rais dilantik sebagai ketua badan pimpinan BERSATU Negeri Sembilan yang diberi tanggungjawap untuk merombak dan menstruktur semula badan kepemimpinan parti itu pada peringkat akar umbi pada Selasa minggu lalu.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith, yang juga timbalan menteri komunikasi dan multimedia, dilantik sebagai timbalannya.

Kepincangan pada kepemimpinan BERSATU Negeri Sembilan terdedah apabila Penyelaras BERSATU Bahagian Port Dickson, Ramli Awang, mengeluarkan kenyataan melarang dua pemimpin PKR berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, baru-baru ini.

Beliau memberi amaran kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid supaya tidak berkempen di kawasan itu kerana kesal mereka kerap menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan itu kemudian dibalas oleh Ketua Pendaftar BERSATU negeri, Datuk Mohamad Zin Mustapa, yang tidak bersetuju dengan tindakan Ramli, malah mendakwa jawatannya sudah terlucut kerana memohon menjadi ahli PKR.

Ramli yang mendakwa masih memegang jawatan itu, bagaimanapun mempertahankan tindakannya dan bersedia dikenakan tindakan oleh pihak atasan parti, jika beliau didapati melakukan kesalahan.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Rais bakar jambatan pun ada

    BalasPadam
  2. Nampaknya pecah dan perintah yang melata2 dah sampai di peringkat akar umbi. Bila ini terrealisasi, waima jagoan budaya/bahasa sekalipun hanya mampu melihat apresiasi budaya dan bahasa ibunda menyusust dari pusat ke negeri, dari negeri ke PBT dan akhirnya dari PBT ke JKKK pula.

    BalasPadam
  3. Mula2 bubar BERSATU NS,lepas tu negeri lain pula satu persatu. Lepas tu seluruh negara bubur BERSATU. Semua pemimpin2 BERSATU dan ahli2nya lompat masuk UMNO. UMNO akan kuat semula di bawah TM. Impian DSAI nak jadi PM nampak macam samar2 sahaja. Politik ala2 orang Yahudi memang macam ni. Khianat mengkhianati, fitnah menjadi kepercayaan, cantas mencantas mengatasi segalanya dan lompat melompat amalan biasa. Siapa ada duit dan kuasa dialah TUHAN kat Malaysia ni.

    BalasPadam