Header Ads

ads header

Flash News

Ridhuan Tee ingatkan Mujahid supaya tidak jadi ‘mujahat’


Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa supaya meneliti dengan baik ceramah Dr Zakir Naik yang didakwanya mencaci agama lain.

Ridhuan Tee berkata, sepanjang penelitiannya, ucapan dan sudut pandang pakar perbandingan agama itu tidak bercanggah daripada pandangan akademik.

“Hanya mereka yang makan cili sahaja yang terasa pedaskan. Dr Zakir Naik tidak pernah mengeluarkan kenyataan memperlekeh atau memandang rendah kepada agama lain.

“Hujah yang Zakir Naik keluarkan sentiasa bersandar kepada fakta. Justeru, saya mohon menteri Jabatan Perdana Menteri, meneliti ceramah dan ucapan Zakir Naik, pernahkah beliau mencaci agama lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga bertanya sama ada pernahkah pihak yang mendakwa Dr Zakir Naik mencaci agama lain, mendengar khutbah gereja setiap Ahad yang kadang kala, paderi mereka turut meremeh dan merendahkan status agama Islam.

“Ya, tidak dinafikan kita tidak perlu terikut-ikut dengan rentak mereka. Tetapi adalah lebih baik jika Mujahid mengeluarkan pendapat seiring dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menegaskan Malaysia tidak akan dengan mudah bersetuju terhadap sebarang desakan menghantar pulang Dr Zakir Naik sebelum membuat penilaian secara teliti.

“Jika dibandingkan dengan sarjana perbandingan agama di dunia, masih belum ada tokoh setanding Dr Zakir Naik. Kita tidak mahu, hanya kerana terlalu mahu menjaga hati orang, hati umat sendiri terluka.

“Dibimbangi nama kita yang baik seperti Mujahid terpalit menjadi ‘mujahat’ hanya kerana gara-gara pandangan terhadap Dr Zakir Naik yang tidak bersandar kepada kajian yang rapi dan teliti,” katanya.

Beliau menegaskan, jangan kerana ultra kiasu memusuhi Dr Zakir Naik, maka menteri turut terikut-ikut rentak musuh.

“Apakah kita sebagai menteri mampu lakukan sebagaimana Almarhum Tunku Abdul Rahman, pengasas Perkim yang berjaya mengIslamkan beberapa menteri.

“Jika kita tidak mampu, jangan lah tegar mengatakan dakwah Dr Zakir Naik tidak sesuai. Sedarkah kita berapa ramai yang telah diislamkan oleh Dr Zakir Naik. Jika beliau ekstrem mana mungkin mereka yang ‘non-muslim’ masuk Islam,” katanya.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

7 ulasan:

  1. Kita merasa sangat benci pada si mu-jahat yang mendakwa dirinya Muslim tetapi sikap, perbuatan, mentaliti dan lidah biawaknya jelas menentang dan menghina ajaran Islam seperti Hudud dll, menfitnah dan memburuk-burukkan pendakwah Islam, menyalah-gunakan istilah-istilah dalam Islam untuk membela murtad, kesesatan agama kafir, LGBT, atheis, liberalisme dll dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam di negara di mana umat Islam adalah rakyat majoriti.

    Kepala bapak liberal ini sanggup bersekongkol dengan puak munafik liberal dan puak kafir harbi biaDAP untuk membela dan memperjuangkan kemungkaran dan kesesatan seperti murtad, kesesatan agama kafir, LGBT, atheis, liberalisme dll dan menentang dan menghina Islam dan menafikan hak umat Islam di negara ini dan membela pemimpin pertubuhan pengganas Tamil Eelam (LTTE) yang telah menghina Islam dan umat Islam di negara ini.

    Bahkan kepala bapak liberal ini berkerjasama dengan musuh Islam untuk menghapuskan dakwah Islam dengan menyekat zakat Fi Sabilillah kepada badan dakwah Islam untuk melemahkan dan memusnahkan badan dakwah Islam dan dakwah Islam.

    Sebaliknya , kepala bapak liberal ini berdiam diri setiap kali puak kafir harbi biaDAP menghina Islam dan menafikan hak umat Islam. Berdiam diri bererti merestui tindakan biaDAP. Inilah contoh khadam parti kafir harbi biaDAP yang menjadi musang berbulu ayam dan cuba memusnahkan Islam dari dalam.

    Bahkan si mu-jahat ini diam membisu seperti syaitan bisu setiap kali L im Gonna End yang menjadi kepala bapak kafir harbi membatalkan pembinaan masjid yang telah diluluskan orang kerajaan terdahulu ! Ini membuktikan si kafir harbi telah bertindak biadab dengan campurtangan dalam urusan agama Islam. Nampaknya puak liberal adalah butir-butir tahi puak kafir harbi.

    Setiap kali tindakan anti-Islam si mu-jahat ini dikritik dan dikutuk oleh orang ramai, maka dia akan bercakap putar belit penuh auta untuk mengelirukan orang ramai dan melepaskan dirinya dari kritikan orang ramai.

    Semua sikap buruk ini membuktikan si mu-jahat ini adalah kepala bapak munafik yang menjadi khadam kafir harbi.

    BalasPadam
  2. Kita telah menonton program dakwah Islam Dr Zakir Naik secara live dan juga melalui video dan kita dapati Dr Zakir Naik tidak pernah menghina agama-agama lain.

    Kita cabar musuh-musuh Islam untuk menunjukkan mana-mana bahagian dalam video yang didakwa kononnya Dr Zakir Naik telah menghina agama kafir ! Yang pasti ialah tiada video yang menunjukkan Dr Zakir menghina agama kafir.

    Sebaliknya, puak munafik liberal dan puak kafir harbilah yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam secara terbuka di negara ini. Jika mereka lakukan penghinaan ke atas Islam di Indonesia , kita yakin kerajaan Indonesia akan memasukkan mereka ke dalam penjara seperti yang telah berlaku ke atas penghina agama Islam seperti Ahok dll.

    Nampaknya si mu-jahil ini sedang mengampu dan menjilat puak kafir harbi dengan menfitnah dan memburuk-burukkan Dr Zakir Naik. Kita semua tahu puak kafir harbi amat bencikan program dakwah Islam Dr Zakir Naik kerana ramai orang kafir telah memeluk Islam setelah merekan melihat Islam sebagai satu-satunya agama yang benar dan diredhai oleh Allah melalui program dakwah Dr Zakir Naik dengan izin Allah.

    Puak munafik liberal dan puak kafir harbi bimbang jika pada suatu masa nanti ahli keluarga , sahabta dan jiran mereka pula yang akan memeluk Islam melalui pelbagai program dakwah Islam. Maka musnahlah dan gagallah rancangan puak munafik liberal dan puak kafir harbi untuk menyesatkan umat Islam.

    Selama ini Dr Zakir Naik telah mencabar puak liberal dan puak kafir harbi yang telah menfitnah dan memburuk-burukkan Dr Zakir Naik untuk berbahas dengan Dr Zakir Naik secara terbuka tetapi musuh-musuh Islam ini adalah pengecut yang hina takut untuk berbahas dengan Dr Zakir Naik di hadapan orang ramai.

    Musuh Islam adalah haiwan ternakan bangsat yang amat bencikan kebenaran!

    BalasPadam
  3. Jika saya berkata 1 + 1 + 1 = 1 adalah salah, mungkin puak kafir akan mendakwa saya telah menghina agama mereka walaupun mereka dan saya mengetahui bahawa saya benar semata-mata kerana mereka berpegang teguh pada ajaran agama mereka tanpa sebarang alasan yang rasional sehinggakan mereka sanggup menolak kebenaran dan menuduh saya berbohong.

    Jika ibubapa, guru dan professor memangkah 1 + 1 + 1 = 1 kerana jawapannya salah, wajarkah orang kafir menuduh mereka menghina agama kafir?

    Ini menunjukkan sebilangan orang kafir bersikap tidak rasional apabila pendakwah Islam mendedahkan kebenaran mutlak yang disokong oleh pelbagai fakta yang logik, bukti dan hujah yang kuat berlandaskan Al-Qur'an, Sunnah dan kitab agama kafir sendiri di hadapan mata mereka sendiri.

    Inilah masalah sebilangan manusia kafir kerana ego, kesesatan, kedegilan dan kesombongan mereka adalah lebih besar dari saiz badan mereka yang kerdil.

    BalasPadam
  4. Timbalan mufti minta bukti Zakir Naik hina agama lain

    KUALA LUMPUR, 26 Sept—Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengemukakan bukti kukuh dakwaan pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik menghina agama lain.

    Timbalan mufti Perak berkata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sepatutnya bertemu dan mengadakan dialog dengan Dr Zakir sebelum membuat sebarang dakwaan, lapor Harian Metro.

    “Selalunya Dr Zakir akan mendahulukan orang bukan Islam untuk bertanya mengenai Islam, majlis beliau (Dr Zakir) beri peluang kepada orang bukan Islam untuk memahami Islam,” kata Zamri Hashim.

    “Tiada satu kes pun yang dilaporkan berlaku paksaan di dalam menganut Islam begitu juga tiada kes mencerca agama lain dalam ceramahnya.”

    Katanya kerajaan sepatutnya bertindak lebih tegas terhadap individu yang mencerca Islam dan bukannya kepada pendakwah dari India itu yang menggunakan pendekatan meninggikan Islam secara fakta, tertib serta ilmiah.

    Mujahid Isnin lalu dilaporkan berkata dakwah Dr Zakir tidak sesuai dengan budaya Malaysia kerana berdebat dengan cara mencerca dan merendahkan maruah agama lain.

    Sumber: https://www.msn.com/en-my/news/national/timbalan-mufti-minta-bukti-zakir-naik-hina-agama-lain/ar-AAAE3JP

    BalasPadam
  5. bukan dakwah zakir naik yg tak sesuai di malaysia tapi dakwah mujahat yg tak sesuai di malaysia..pegi jahanam lah kau dgn kawan kafir kau semua...pthuiiii

    BalasPadam
  6. Kita cabar menteri agama menunjukkan bukti untuk menyokong dakwaannya konon ceramah Dr Zakir Naik mencaci agama lain.

    Kita pernah menonton ceramah Dr Zakir Naik secara live dan juga menonton video Dr Zakir Naik dan kita dapati Dr Zakir Naik tidak pernah menghina atau mencaci agama lain.

    Maka kita berpendapat dakwaan yang dibuat oleh menteri agama terhadap Dr Zakir Naik adalah dakwaan yang tidak berasas dan melampau! Dakwaan tanpa bukti adalah fitnah !

    Jika menteri agama mendakwa dirinya seorang 'Muslim', menteri agama sepatutnya membela program dakwah Islam Dr Zakir Naik untuk kebaikan umat Islam dan orang kafir.

    Jika menteri agama mahu menjadi jurucakap puak kafir harbi, lebih baik menteri agama menjadi ahli DAP sahaja sebab umat Islam sudah faham sikap DAP terhadap Islam.

    BalasPadam
  7. Nampaknya 'bijigetah' suka membuat pelbagai dakwaan yang tidak berasas untuk memburuk-burukkan Dr Zakir Naik dalam Chit Chat MR. Bukankah ini membuktikan 'bijigetah' adalah penjaja fitnah?

    Adakah bijigetah ini penjilat kepala bapak liberal dan kepala bapak kafir harbi roket kerana bijigetah seolah-olah sangat benci Dr Zakir Naik sebagaimana puak munafik liberal dan puak kafir harbi membenci Dr Zakir Naik?

    Mengapa 'bijigetah' terlampau bencikan Dr Zakir Naik? Adakah saudara mara 'bijigetah' telah memeluk Islam melalui program dakwah Islam Dr Zakir Naik?

    BalasPadam