Header Ads

ads header

Flash News

PAS pertimbang 1 lawan 1 di Port Dickson, kata Tuan Ibrahim


PETALING JAYA: PAS akan mempertimbangkan saranan Barisan Nasional agar pembangkang menentang kerajaan secara 1 lawan 1 pada pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson.

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata partinya akan bermesyuarat dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok.

“Memang sewajarnya 1 lawan 1, cuma PAS dan BN pun pernah bertanding pada pilihan raya dulu. Saya tak boleh mendahului parti, parti akan mesyuarat dan buat keputusan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan mahu berbincang dengan PAS bagi memastikan pertandingan 1 lawan 1 menentang Pakatan Harapan (PH), selepas Ahli Parlimen PKR disitu meletak jawatan untuk membuka laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen.

Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan dia menghantar surat peletakan jawatan kepada speaker Dewan Rakyat hari ini. Pakatan Harapan dilaporkan mempunyai persefahaman iaitu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Anwar, selepas tempoh masa tertentu.

Anwar merupakan pilihan pertama gabungan itu untuk jawatan perdana menteri.

Danyal memenangi Port Dickson dengan 36,225 undi pada 9 Mei lalu, menewaskan VS Mogan daripada Barisan Nasional (18,515 undi) dan calon PAS, Mahfuz Roslan (6,594 undi).

“Dalam konteks pilihan raya kecil khas untuk Anwar ini mungkin pilihan itu satu pilihan yang tepat,” kata Tuan Ibrahim.

“Mungkin Anwar nak kerusi yang paling selamat bagi dia, saya ingat kerusi Port Dickson kerusi yang selamat.”



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Lebih peluang kalau jadikan 4 penjuru

    Berpecah bermatlamat kerjasama

    MCA tarik undi Cina

    MIC tarik undi India

    Pas/Umno tarik undi Melayu/Islam

    PH terkontang kanting

    BalasPadam