Header Ads

ads header

Flash News

PAS selar MCA takut bayang-bayang sendiri


Presiden parti perkauman MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai seolah-olah takut pada bayang-bayang sendiri apabila mengancam membubarkan Barisan Nasional (BN) atau menendang UMNO daripada gabungan itu kerana bekerjasama dengan PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, MCA tidak realistik dan telah tersilap membuat persepsi kepada parti Islam itu.

Katanya, MCA sepatutnya bertindak sebagai parti politik matang dan lebih terbuka bukan menyerang.

“Jangan kerana bimbang kehilangan sokongan orang Cina kepada DAP, MCA beralih (mengancam) kepada PAS yang kononnya tidak mempertimbangkan realiti masyarakat majmuk di Malaysia dan tidak mementingkan keharmonian kaum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Tiong Lai menegaskan MCA boleh menyingkirkan UMNO keluar daripada BN, jika parti itu bekerjasama dengan PAS, kerana menganggap gabungan tersebut sebagai bersifat perkauman dan keagamaan.

Tiong Lai juga berkata, MCA tidak setuju dengan sebarang hubungan rasmi UMNO-PAS melainkan kerjasama dalam isu tertentu.

Mengulas lanjut Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, MCA perlu menunjukkan semangat demokratik dalam menghadapi landskap politik yang sudah berubah.

“Walaupun MCA seolah-olah menafikan kerjasama dengan PAS semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong baru-baru ini, mereka perlu sedar PAS bukan sahaja bekerjasama dengan UMNO atas dasar solidariti pembangkang tetapi juga dengan MIC dan beberapa parti serta individu lain lagi,” katanya.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. PAS tak payah nak ulas lebih2. Biar la UMNO yg mengaum kalau UMNO masih ada taring la.

    BalasPadam
  2. nampak sangat MCA DAP blood brother

    BalasPadam