Header Ads

ads header

Flash News

PAS Tempelak Rafizi. Menang dulu baru cakap


Menang dahulu baharu cakap !

Lepas tu perbetulkan dahulu dalam parti, baharu cakap hal luar parti !

Ungkapan sinis itu dilontarkan Timbalan Menteri Besar kerajaan PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mahu Rafizi Ramli memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR terlebih dahulu.

Jangan sesuka hati keluar kenyataan yang mana Pakatan Harapan (PH) akan merampas Kelantan dan Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mohd Amar juga menasihatkan Rafizi supaya selesaikan masalah dalaman parti itu terlebih dahulu sebelum memasang angan-angan untuk merampas Kelantan dan Terengganu.

“Jangan angan-anganlah….bagi saya sebagai calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi perlu menang dalam pemilihan parti itu sebelum beliau mengeluarkan kenyataan demikian.

“Bila sudah menang, barulah boleh cakap apa yang dia suka,” katanya di sin.

Beliau diminta mengulas kenyataan Rafizi yang menjangkakan hubungan erat antara UMNO dan PAS akan membuka ruang kepada PH untuk merampas Kelantan dan Terengganu pada PRU-15.

Rafizi dilaporkan berkata, kerjasama antara UMNO dan PAS bakal mengubah pola pengundian di kedua-dua negeri Pantai Timur itu yang selama ini setia kepada parti itu saja.

Beliau menjangkakan UMNO dan PAS akan menjadi lebih rapat selepas ini selepas kerjasama rasmi terutama pada dua Pilihan Raya Kecil, Sungai Kandis dan Seri Setia.

Sumber : https://www.bacalahmalaysia.com/


MR : Rafizi rasa dirinya serba sempurna....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Nak rampas Kelantan.... Sebelum ko fikir nak rampas Kelantan .... Elok kiranya ko pertahankan dulu Selangor daripada "serangan" dua ketumbukan PAS dan UMNO dalam pru15 nanti.

    Dengan harga barangan melambungkan naik dan bantuan kepada rakyat semakin menyusut, ahli akar umbi PH pun dah menyampah dengan kerajaan seperti yang di tunjukkan oleh prk di Selangor. Di Seri Setia sokongan Melayu telah merosot PH merosot 12%, Di Balakong pula calon MCA tidak hilang wang pertaruhan seperti dalam pru dulu.

    BalasPadam
  2. Nak rampas Kelantan.... Sebelum ko fikir nak rampas Kelantan .... Elok kiranya ko pertahankan dulu Selangor daripada "serangan" dua ketumbukan PAS dan UMNO dalam pru15 nanti.

    Dengan harga barangan melambungkan naik dan bantuan kepada rakyat semakin menyusut, ahli akar umbi PH pun dah menyampah dengan kerajaan seperti yang di tunjukkan oleh prk di Selangor. Di Seri Setia sokongan Melayu kepada PH telah merosot 12%, Di Balakong pula calon MCA tidak hilang wang pertaruhan seperti dalam pru dulu.

    BalasPadam
  3. Seri Setia adalah bukti yang menyanggah dakwaan Penganggur Berhormat.

    Seri Setia membuktikan kerjasama dalam kalangan pembangkang adalah disukai oleh para pengundi terutama Melayu.

    Seri Setia juga adalah petanda bermulanya penolakan terhadap establisment (aka:PH) atas sebab semua sedia maklum.

    Gelombang penolakan ini akan menjadi tsunami Melayu2... iaitu tsunami yang bakal meranapkan HARAPAN palsu.

    Kalau pasca PRU14, ada yang hilang status YB dan menganggur, pasca pemilihan PKR mungkin menyaksikan lebih dari itu:

    Akan ada YB jadi ahli biasa, tiada title YB, jobless dan ada yang akan hilang deposit di Kelantan dan Terengganu.

    Bukan hilang kerana di curi tapi hilang kerana kalah teruk dalam PRK dan PRU yang akan datang di dua negeri.

    BalasPadam
  4. layan apa orang mabuk ketum sebagaimana bosnya

    BalasPadam