Header Ads

ads header

Flash News

Perutusan Hijrahtul Rasul 1440H Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat


Firman Allah SWT:

{تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ}

Maksudnya: “Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [al-Mulk: 1]

1. Sesungguhnya iktibar melalui Hijratul Rasul meninggalkan kesan yang terlalu besar kepada seluruh umat Islam. Peristiwa Hijrah merupakan langkah ke arah perubahan untuk mencapai kejayaan dan kekuasaan memimpin dasar-dasar Islam dalam pemerintahan. Maka kerana itulah Nabi Muhammad SAW bersama sahabat-sahabat baginda diperintahkan berhijrah dengan misi untuk membentuk sebuah kerajaan. Ini menunjukkan bahawa keperluan membentuk sebuah kerajaan merupakan satu keperluan yang asasi.

2. Oleh itu, wajib ke atas setiap peribadi muslim untuk bersatu-padu dan bermuafakat dalam membentuk sebuah negara Islam yang unggul berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah secara keseluruhannya. Kesatuan umat Islam ini mestilah dibina seumpama satu binaan bangunan yang tersusun kukuh. Ini bermaksud kekuatan umat Islam akan runtuh sekiranya tiada kesefahaman dan kesatuan dalam membuat perancangan menentang musuh-musuh Islam. Perpecahan ini tidak ubah seperti bangunan yang telah retak. Justeru, Islam amat menitikberatkan kesepaduan dan kesefahaman antara umat Islam dalam pelaksanaan tuntutan Syariat dan dalam mengukuhkan hubungan sesama Islam.

3. Kesatuan yang utuh ini akan menatijahkan pembentukan sesebuah kerajaan yang teguh dan seterusnya mencapai keredhaan daripada Allah SWT. Apabila Islam menjadi dasar dalam pentadbiran sesebuah negeri dan negara, pastinya akan terhindar daripada sebarang gejala tidak sihat dan jenayah. Ini kerana mereka yakin bahawa setiap perbuatan mereka akan dikira satu persatu oleh Allah SWT.

4. Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh umat Islam di Malaysia agar meletakkan pelaksanaan tuntutan agama dalam semua aspek kehidupan menjadi keutamaan. Para ilmuan Islam, ulama dan cendekiawan hendaklah mengambil peranan masing-masing dalam memberi penerangan kepada masyarakat tentang keunggulan Syariat Islam dan keadilan sistemnya terhadap seluruh manusia termasuk golongan bukan Islam. Semoga awal tahun baharu Islam ini menjadi langkah permulaan kepada penyatuan menyeluruh umat Islam seluruh dunia.

“Sejahtera Bersama Islam”

“Membina Negara Sejahtera”

USTAZ DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat

1 Muharram 1440 H


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan