Header Ads

ads header

Flash News

'Pelacur otai' berdepan hukuman sebatan syariah


KUALA TERENGGANU: Seorang janda yang juga dikenali sebagai ‘pelacur otai’ mengaku salah terhadap pertuduhan persediaan untuk melacurkan diri di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, di sini, hari ini.

Justeru, wanita berusia 45 tahun berasal dari Johor itu bukan saja berdepan hukuman penjara malah dia juga boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam kali jika disabit kesalahan.

Tertuduh sebelum itu didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang mempromosikan khidmat seks menerusi aplikasi WeChat sebelum ini, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau enam sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang kini menetap di Klang, Selangor, ditahan dalam serbuan di Duyong Marina & Resort, di sini, bersama seorang lelaki dipercayai pelanggannya, kira-kira jam 11 malam pada 19 September lalu.

Hasil siasatan, tertuduh mengaku menerima upah khidmat seks diberikan dengan mengenakan bayaran RM1,000 untuk satu malam daripada pelanggan terbabit sebelum lapan barangannya dirampas dan disita termasuk beberapa botol minyak, jel pelincir dan kondom yang masih tidak digunakan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Mohd Kahzmizan Abdullah dihadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail manakala tertuduh diwakili peguambela, Fazru Anuar Yusof.

Sejurus pengakuan salah tertuduh direkodkan, Kamalruazmi menetapkan 10 Oktober depan sebagai tarikh jatuh hukuman sementara itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan dua penjamin yang mana salah seorang penjamin perlu terdiri daripada ahli keluarga terdekat.

Sebelum ini, NSTP ada melaporkan seorang pelacur ‘otai’ akhirnya dicekup selepas kegiatannya yang memberikan khidmat seks kepada lelaki hidung belang berjaya dihidu pihak penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Nanti ada Sister yang akan melalak di sokong pula oleh geng Md. Sabun Amanut dan Tun Manifesto.

    Tiada lagi Malaysia. Hello Cinasia.

    BalasPadam