Header Ads

ads header

Flash News

Rosmah keluar selepas hampir 13 jam disoal SPRM


PUTRAJAYA: Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas hampir 13 jam disoal para penyiasat anti-rasuah tentang peranannya dalam skandal 1MDB.

Beliau enggan mengulas sesi bersama SPRM hari ini, yang memanggilnya untuk disoal mengenai SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

“Saya ‘okay’, Alhamdulillah,” kata Rosmah ringkas kepada pemberita sebaik sahaja memasuki kereta.

“Saya tidak mempunyai apa-apa kenyataan sekarang, sila faham”, kata peguamnya Datuk K Kumaraendran.

Sebelum ini, Rosmah tiba di ibu pejabat SPRM pada 9.50 pagi hari ini ditemani Kumaraendran.

Hari ini merupakan kali kedua beliau dipanggil untuk disoal selepas sesi pertama pada 5 Jun.

Pada Isnin, Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengumumkan SPRM sudah melengkapkan siasatan ke atas Rosmah dan sudah menyerahkan kertas siasatan kepada peguam negara.

SPRM tidak menolak kemungkinan Rosmah akan dituduh.

Suaminya dipanggil pada 22 Mei dan 24 Mei untuk memberi keterangan berhubung kes yang sama.

Najib sekarang ini bedepan didakwa atas 4 pertuduhan salah guna kedudukan bagi mendapatkan rasuah, dan 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar hasil daripada aktiviti haram.

Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi 4 pertuduhan pertama dan Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan bagi 21 pertuduhan seterusnya.

Najib mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu.

Pada 4 Julai, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap 3 pertuduhan pecah amanah dan 1 pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 8 Ogos, beliau juga tidak mengaku salah atas pertuduhan menerima wang yang sama hasil daripada aktiviti haram ke dalam 2 akaun miliknya.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Guan Eng Lim (GEL) jauh lebih junior tapi tak pulak menjalani sesi 'fotografi' sebegini lama di Gimnasium Macc.

    Sebaliknya Mak Temah yang jauh lebih senior pulak yang menjalani sesi fotografi hampir 13 jam di Gimnasium sama.

    Dua-dua sudah menjalani sesi fotografi dan dari segi ketahanan nampaknya Mak Temah lebih berdaya tahan.

    Sepatutnya Guan Eng Lim berasa malu dan kalau masih ada kemaluan, GEL sepatutnya serahkan jawatan dalam kabinet dapur pada Mak Temah.

    **Tunggu respons daripada bapak kepada GEL menulis tentang isu ini atau si bapak akan mengambil tindakan klise... bypass.

    BalasPadam