Header Ads

ads header

Flash News

Pembantu Kit Siang persoal peruntukan kerajaan untuk Port Dickson


PETALING JAYA: Seorang pembantu kepada veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan masa peruntukan RM500,000 untuk mengubahsuai dan membaiki prasarana untuk kakitangan angkatan tentera di Port Dickson.

Setiausaha Politik Syahredzan Johan menjawab pertanyaan di Twitter yang mengkritik pengumuman kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu, kurang dari 3 minggu sebelum pilihan raya kecil 13 Oktober.

Pengguna Twitter Mutalib Rahman persoalkan alasan peruntukan itu suatu kebetulan.

“Bagaimana ini boleh dibenarkan? Dalam banyak-banyak hari mengapa semasa pilihan raya kecil? Tak mungkin kebetulan! Menyalahgunakan dana kerajaan untuk menang? Adakah Anwar tidak popular dan terdesak?” kata Mutalib.

Syahredzan menjawab: “Setuju. Ini tidak boleh dibiarkan.”

Pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba kembali ke Parlimen pada pilihan raya kecil Port Dickson akan datang, selepas bekas pegawai tentera laut Datuk Danyal Balagopal Abdullah bersetuju mengosongkan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya 9 Mei.

Port Dickson mempunyai banyak kem tentera.

Semalam, Anwar berikrar untuk tidak menggunakan jentera kerajaan dalam kempennya.

“Ini isyarat penting untuk buktikan kita pergi ke plihan raya ini untuk satu proses yang bebas dan bersih,” kata Anwar kepada pemberita.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan: