Header Ads

ads header

Flash News

Ahli tak boleh pilih nama saya, kata calon ketua bahagian PKR


BUTTERWORTH: Seorang calon jawatan ketua bahagian PKR berkata seorang ejen tempat undi cuba merampas pas pencalonannya apabila dia mengadu tentang kelemahan sistem e-undi parti, termasuk masalah memilih namanya di paparan tablet khas yang disediakan parti.

Ahli PKR Nibong Tebal, S Sanjay berkata, kejadian itu berlaku apabila penyokongnya mengadu mereka tidak boleh pilih namanya.

“Saya gembira melihat penyokong kata mereka akan pilih saya. Tetapi semasa mereka meninggalkan tempat itu, ramai ahli kata mereka tidak boleh tekan nombor 3,” katanya.

Seramai 105,056 ahli PKR di Kedah dan Pulau Pinang layak mengundi di pusingan pertama pemilihan parti untuk memilih ketua bahagian dan majlis pimpinan pusat.
Lebih 800,000 ahli akan membuang undi secara dalam talian dan berperingkat sehingga November, menggunakan tablet khas yang disediakan parti.

Sanjay mencabar penyandang Datuk Mansor Othman, yang juga ketua PKR Pulau Pinang, dan Maktar Shapee.

Beliau turut mengadu mengenai barisan beratur yang panjang dan kekurangan kakitangan di tempat mengundi.

Sanjay mendekati ketua tempat mengundi untuk mendapatkan borang bantahan tetapi diminta meninggalkan tempat itu.

Beliau berkata seorang pegawai cuba merampas pas akses dan mengejarnya di luar pusat pembuangan undi.

Dalam kejadian yang dirakamkan penyokong Sanjay, pegawai itu tanya mengapa Sanjay memasuki pusat pembuangan undi dan meminta pasnya.

Sanjay enggan menyerahkan pas itu kerana dia sekadar mahu membuat aduan mengenai kepincangan dalam sistem pengundian.

Beliau berkata para pengundi yang ditemuinya di luar dewan mendakwa mereka tidak boleh memilih namanya tetapi boleh memilih nama Mansor.

“Penyokong saya tidak diberi peluang untuk memilih saya. Ini tidak adil. Saya pergi ke dewan itu untuk mendapatkan borang bantahan. Saya mahu bantah secara baik tetapi ejen tempat undi mengusir saya,” katanya.

Terdahulu, aduan kepincangan dalam sistem pengundian mencetuskan perkelahian di PKR Merbok, menyebabkan pemilihan di 8 daripada 15 bahagian di Kedah digantung.

FMT sudah menghubungi Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk mendapatkan komen.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan