Header Ads

ads header

Flash News

PKR gantung pemilihan di 8 bahagian di Kedah


PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR hari ini menggantung pemilihan di 8 daripada 15 bahagian PKR Kedah.

Pengerusi Datuk Rashid Din berkata pemilihan PKR Merbok, Sungai Petani, Jerai, Kulim-Bandar Baharu, Padang Serai, Langkawi, Sik dan Baling digantung kerana masalah teknikal dan gangguan.

“…sebab utama kita lambat mula kerana ada isu teknikal. Kita patut buka pusat pemilihan pada 9.00 pagi tapi 10.00 pagi baru mula mengundi. Disebabkan itu orang mula ramai dan marah apabila kena menunggu, dan kalau ada silap sikit mereka marah,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama tidak menolak kurangnya kakitangan pemilihan yang terlatih menyebabkan terjadinya perkara seperti itu.

“Itu antara sebabnya…faktor latihan tak berapa mantap,” katanya.

Menurut Pengerusi PKR Kedah Dr Azman Ismail, dianggarkan 28,000 ahli terjejas dengan penggantungan ini.

Mereka sebahagian daripada 49,924 ahli PKR yang layak mengundi di Kedah.

Ditanya bila pemilihan di 8 bahagian itu akan diadakan semula, Rashid berkata ia perlu dibincangkan dalam mesyuarat yang belum ditetapkan tarikh.

Sementara itu Rashid berkata pemilihan PKR di Pulau Pinang berjalan lancar dengan seramai 55,132 ahli di 13 bahagian membuang undi hari ini.

Sejumlah 840,000 ahli di seluruh negara layak untuk mengundi pada pemilihan kali ini dan keputusan penuh dijangka akan diumumkan pada November.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan