Header Ads

ads header

Flash News

PKR: Ubah tarikh undi bukan konspirasi bantu calon tertentu


KUALA LUMPUR: Perubahan tarikh mengundi bagi pemilihan PKR 2018 bukan konspirasi untuk membantu kemenangan mana-mana calon, kata Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Ismail Yusop.

Sebaliknya, beliau berkata, anjakan tarikh pengundian itu bertujuan memastikan maklumat daftar pemilih benar-benar bersih dan tepat.

“Ia bagi mengelak sebarang masalah pada hari pengundian, seperti kesalahan maklumat sehingga membuatkan pemilih tidak dapat mengundi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ismail berkata, proses memastikan ketepatan daftar pemilih sedang dilakukan, selain simulasi dan taklimat mengenai e-undi juga berlangsung di seluruh negara.

Pengundian di peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang sebelum ini dijadualkan 14 September hingga 13 Oktober ini dijadualkan semula kepada 22 September hingga 28 Oktober.

Ia akan bermula dengan Kedah dan Pulau Pinang pada 22 September; diikuti Perak dan Perlis pada 23 September; Negeri Sembilan dan Melaka (29 September); Johor (30 September); Kelantan dan Terengganu (5 Oktober); Pahang (6 Oktober); Wilayah Persekutuan (7 Oktober); Selangor (13, 14 dan 21 Oktober); Sarawak (20 Oktober) dan Sabah pada 27 dan 28 Oktober.

Sementara itu, Ismail berkata, sebahagian besar negeri, termasuk Sabah dan Sarawak sudah mengadakan taklimat sistem e-undi dan rata-rata pemilih lega serta berpuas hati selepas mengetahui perjalanan sistem yang pertama kali dilaksanakan itu.

“Sehingga tarikh mengundi, kita galakkan mana-mana negeri dan pihak mahupun calon yang belum jelas mengenai sistem ini supaya menganjurkan taklimat dan kita bersedia turun bagi memberi penjelasan kepada pemilih.”

Kira-kira 800,000 ahli PKR layak mengundi pada pemilihan kali ini yang akan dilaksanakan secara e-undi.

Ismail berkata, pemilih boleh menyemak daftar pemilih mereka melalui laman web https://www.pemilihankeadilan2018.com/.

Bagi pemilihan kali ini, 800 peranti e-undi akan dimobilisasikan sepanjang pengundian berlangsung.

MR : Makin hari makin terserlah 'kebusukan' dalam PKR....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan