Header Ads

ads header

Flash News

Polis tembak mati suspek kes bunuh bekas adun Terengganu


KEMAMAN: Polis hari ini menembak mati seorang penjenayah yang amat dikehendaki bagi 12 kes jenayah berat, termasuk kes pembunuhan bekas Adun Alor Limbat, Alias Abdullah, pada 2015.

Syukri Muhamad Abiah, 37, yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan maut dalam kejadian tembak-menembak dengan sepasukan polis di Felda Neram Satu dalam satu serbuan kira-kira 4.30 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Fazlisyam Abd Majid berkata, lelaki itu meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terkena tembakan di dada kanan dan kepala.


“Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu di sebuah rumah separuh siap, selepas usaha menjejaki suspek dijalankan selama 3 tahun.“Polis terpaksa menembak balas untuk mempertahankan diri. Pemeriksaan selepas itu mendapati suspek tidak sedarkan diri dan kemudiannya meninggal dunia akibat ditembak,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kemaman, Mohd Said Ibrahim.

Polis turut menemui sepucuk pistol semi automatik jenis Norinco, sebutir peluru dan sebilah parang milik suspek di tempat kejadian.

Fazlisyam berkata, suspek ialah penjenayah amat dikehendaki bagi siasatan kes bunuh dan culik di 3 negeri iaitu Terengganu, Kelantan serta Pahang, dan polis percaya susulan kematian penjenayah itu, pihaknya dapat menyelesaikan beberapa kes pembunuhan di 3 negeri berkenaan.

Polis juga tidak menolak kemungkinan suspek ialah pembunuh upahan.

Suspek mempunyai isteri dan 3 anak serta pernah ditangkap beberapa kali kerana jenayah kekerasan dan dipenjarakan pada 2001 kerana mendatangkan kecederaan parah kepada mangsa.

“Kita percaya suspek mempunyai ramai rakan yang membantunya menyembunyikan diri daripada polis.”


MR : Untuk mudah kerja, tembak mati kes pun tutup orang pun tak banyak soal....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Sekali bah sekali tebing berubah. Bila perkara serupa berlaku satu masa dulu, sepantas kilat para aktivis, politikus dan para prihatin buat heboh satu laman maya. Kini para aktivis dan jadi politikus, politikus dan jadi pembesar, makanya meskipun ada nyawa yang melayang secara ganjil, laman maya tidak seheboh seperti dulu.

    BalasPadam
  2. Kalau dah ditembak sampai mati macam mana Nak selesai kes. Aku setuju Dengan MR. Tembak mati kes tutup. Senangkan. Maka akan selamat la yg sepatutnya kena hukum tu.

    BalasPadam