Header Ads

ads header

Flash News

Pas tidak akan terkesan walau mengalami sejuta kekalahan


Saya memerhati tulisan2 banyak pihak berkaitan keputusan2 tiga PRK diSelangor yg berlangsung beberapa minggu dan hari yg lalu. Ada tulisan penyokong PH yg mengganyang PAS atas kekalahan Pas di Seri Setia. Ada yg mencadangkan Pas dibubarkan. Ada yg mengatakan Pas pembawa sial kerana dgn siapa sahaja Pas bersama maka Pas dan parti berkenaan akan kalah. Ada pula yg agak sedikit sopan menasihati Pas agar jgn bersedih dan cuba lagi dimasa hadapan.

Ada pula tulisan para penyokong Pas. Mereka bersemangat mempertahankan Pas walaupun kalah. Tetapi dlm masa yg sama menyalahkan pimpinan Pas kerana menerima kerjasama Umno dlm kempen tersebut. Sebahagian pula menulis dlm nada agak sedih sambil mensifatkan Pas sudah mengambil langkah yg salah ketika membuat keputusan tidak bersama dlm gabungan PH sebelum PRU 14 yg lalu.

Suka saya memberi respon umum kepada semua pandangan2 tersebut.

Pertama mengenai kekalahan Pas di PRK Seri Setia. Sebagai Parti yg berasaskan perjuangan Islam dan menjadikan kedaulatan Islam sebagai matlamatnya, pas tidak terkesan dgn kekalahan yg dihadapinya. Islam yg mengajar tentang konsep Pahala telah menjadikan Pas sentiasa segar dan bersemangat walau dlm apa situasi sekalipun. RasuluLlah saw pernah menyuarakan ketakjuban baginda terhadap org2 yg beriman. Baginda berkata aku hairan dgn org2 mukmin. Jika didatangi nikmat ia bersyukur dan jika ditimpa bala, dia bersabar. Kedua2nya adalah kebaikan kpdnya. Ini lah Pas. Jgn pihak lawan menganggap dgn kekalahan itu Pas akan bersedih dan meratap sehingga dicampak ke tanah bajubesi yg sedang dipakainya. Apa perlu diratapi sebuah kekalahan jika dlm kekalahan itu memperolehi pahala persis ketika memperolehi kemenangan?. Jika berjuang untuk Islam semuanya memperolehi ganjaran dari Allah. Yg membunuh, yg terbunuh, yg luka atau yg pulang semula dgn kemenangan semuanya dikurniakan pahala yg besar dari Allah. Yg tidak memperolehi pahala dan bahkan kemurkaan Allah ialah yg lari dari medan peperangan.

Jika kemenangan itu satu2nya tanda kejayaan sebuah perjuangan. Maka betapa pula rasul dan nabi2 yg sepanjang hidupnya tidak pernah memperolehi kemenangan?. Pihak lawan tidak akan faham bagaimana Pas tidak terkesan dgn kekalahan. Kerana jiwa sakular sukar menembusi sempadan ghaibiyyat, untuk membuatkan mereka faham dgn sikap Pas. Samalah dgn satu ketika dulu mereka sukar untuk faham mengapa ahli2 Pas sanggup mengeluarkan belanja sendiri hanya untuk menghadiri program Pas. Sesungguhnya masih banyak perkara memgenai Pas yg gagal difahami oleh org yg berada diluar pas.

Yg kedua mengenai Pas dan UMNO.  Secara peribadi saya fikir usaha mendekatkan kedua2 buah parti ini hendaklah diteruskan. Jurang antara keduanya tidak lebar. Cuma memerlukan sedikit jalingabung yg membolehkan wujud permuafakatan dan ta'awun diatas titik Islam. Jika umno menerima kepentingan Islam itu sebagai titik penyatu dan kerjasama maka Pas wajib menerima kehadiran UMNO. Pedulikan tuduhan UG dan sebagainya. Kerana itu adalah saraf PH yg dilontarkan untuk memisahkan kedua2 parti Melayu Islam ini. PrK seri setia patut menjadi titik tolak kerjasama UMnO Pas demi Islam. Jika kerjasama itu benar2 dapat dibangunkan, saya yakin Putrajaya dapat dirampas kembali dari tangan PH. Jika dirujuk kpd keputusan kiraan undi PRU 14 yg lalu, PH hanya mampu memenangi Selangor, Johor, dan P.Pinang sahaja. Manakala negeri lain akan dikuasai PAs+Umno. Kalau Pas boleh menolak DAP kerana Islam maka mengapa Pas tidak boleh menerima kerjasama Umno kerana Islam?.

UMS
Kuantan pahang
10.Sept.2018




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. 90% komentar di laman politik maya dikuasai oleh Melayu yang anti pembangkang; Pro PH, walhal 90% komentar2 tersebut hanyalah mewakili 15% dari keseluruhan pengundi2 Melayu dan Islam.

    15% Melayu inilah yang memberikan kuasa kepada PH yang didominasi oleh bukan Melayu/Islam. Dalam kata lain meskipun hanya mewakili 15% Melayu tetapi penguasaan di laman maya adalah seolah-olah mereka mewakili 90% Melayu/Islam.

    Ini secara tidak langsung memberikan gambaran seolah-olah majoriti Melayu adalah bersama-sama dengan PH. Ini jadi motivasi kepada 98% bukan Melayu dan bukan Islam untuk berasakan mereka adalah pemenang sebenar.

    Dalam masa sama meskipun mewakili 85% Melayu, 85% ini bukan saja tewas di laman maya malah tewas dari skala sorakan dilaman nyata. Sebaliknya 15% Melayu bukan saja menang dilaman maya bahkan menang sorak dan kampung tergadai.

    BalasPadam