Header Ads

ads header

Flash News

Royalti Minyak Kelantan Ditangguh - Kena Kencing Lagi


Kerajaan Persekutuan terpaksa menunggu dan menangguhkan bayaran Royalti Petrolium kepada kerajaan negeri berikutan terdapat tuntutan mahkamah belum selesai.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Radzi Jidin, berkata berikutan itu, pihaknya tidak dapat mempercepatkan pembayaran berkenaan sehingga selesai perbicaraan.

Katanya, perbicaraan berhubung saman kerajaan negeri terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan belum selesai menyebabkan isu tuntutan royalti minyak berkenaan tidak boleh dibincangkan secara terbuka.

“Saya dapat banyak pertanyaan soal royalti ini, terutama di Parlimen, tetapi jawapannya ‘straight forward’ iaitu di Kelantan terdapat satu kes mahkamah membabitkan Petronas dan kerajaan negeri.

“Jadi, kita tidak boleh berbincang menyentuh hal itu secara terbuka. Soal royalti ini ada kes mahkamah dan ia sangkut di situ,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Taekwondo Peringkat Kebangsaan 2018 dan Liga Penalti Piala YB Senator dan Majlis Asyura anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor, di Kota Bharu, pada Sabtu.

Radzi berkata, semua pihak perlu menghormati proses mahkamah dan menunggu keputusannya sebelum bayaran dan tuntutan lain boleh dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan.

Ditanya mengenai status Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Dr Radzi berkata, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dijangka mengumumkan keputusan penstrukturan semula jabatan itu di peringkat negeri selepas kajian mengenainya selesai.

Katanya, buat masa ini kajian mengenai penstrukturan semula JPP khususnya di Kelantan dan Terengganu masih dilakukan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM.

“Peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri akan diketahui apabila kajian berkenaan siap tidak lama lagi,” katanya.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Adakah Pakatan Kencing akan melaksanakan janji royalti minyak untuk Kelantan, Terengganu dll selepas Pakatan Kencing telah memungkiri pelbagai janji manipestomato Pakatan Kencing Sendiri dengan pelbagai putarbelit, fitnah, auta dan u-turn?

    BalasPadam
  2. Selagi kantung tak diisi...selagi itulah TANGGUH bukan TAK NAK BERI. Hahahaaa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa kantung penuh dulu pun, Madir sengaja menafikan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak Kelantan sendiri !

      Sekarang Madir yang sama juga yang berjanji akan memberi royalti kepada Kelantan. Boleh percayakah janji Madir sedangkan janji pakatan syiah-liberal-kafir harbi pun ke laut?

      Padam