Header Ads

ads header

Flash News

Husam Lupa Mimpi dia...

Keputusan PAS untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson adalah keputusan yang dibuat secara terburu-buru, kata Senator Husam Musa.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan itu turut mendakwa PAS juga gemar membuat keputusan berdasarkan mimpi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“PAS suka bermimpi, sedangkan dalam Islam, mimpi tidak boleh atasi al-Quran dan Hadis serta fikiran yang logik kata Husam.

Aku malas nak ulas panjang. Rasa baik beri aje satu tulisan Lebai Hassan cukup dah untuk menjawab kenyataan bodoh Husam Musa ini.




Mimpi Hadi, Mimpi Nik Aziz dan Mimpi Husam (Kemaskini)



[Link Video TGN di Baiki] Dari semalam nampaknya Malaysiakini 'mainkan isu' mimpi bagi merosakkan imej PAS. Perkara kecil diungkit menjadi isu dalam pemberitaan Malaysiakini sehingga hilang fokus 1MBD, GST dll. Polimik mimpi sebenarnya bertujuan melemahkan pengaruh atas pagar kepada PAS bagi membantu Harapan.

Tapi Malaysiakini lupa pasal yang selalu jaja mimpi adalah Husam Musa. Mari kita semak fakta dan hujah.


Saya pernah membaca artikel Subky Latif 5 Mei 2015 tentang beliau bermimpi jumpa Tok Guru Nik Aziz. Dalam artikel berkenaan beliau ada menyebut "Saya tidak menziarahinya pada hari kematiannya dan saya belum menziarahi pusaranya. Itulah pertemuan pertama saya di alam roh dengannya."


Rupanya sebelum Abdul Hadi jumpa Tok Guru Nik Abdul Aziz dah ada orang lain jumpa... termasuk Subky Latif


Selepas itu saya mendengar ceramah Husam Musa yang mendakwa bahawa dirinya telah bermimpi berjumpa dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebanyak 15 Kali.


15 kali, bukan sekali dua ini menunjukkan begitu sekali dahsyat kasihnya Almarhum Tok Guru kepada Husam Musa seolah-olah Almarhum lebih kasih dan sayangkan beliau daripada isteri dan anak beranak, kaum keluarga dan kerabat terdekat.

Kesian Nik Abdul anak tok guru Nik Aziz musuh ketat Husam Musa, Jangankan bermimpi ayahnya, bayang tok guru Nik Aziz pun tak.... betulkan ahli PAN dan IKRAM??

Mungkin kerana Husam Musa jumpa dalam mimpi 15 kali, Nik Omar kata Husam ni "Anak Butir". Hebat juga mimpi Husam. Mari kita dengar. 
 

Timbul persoalan kenapa banyak sangat Husam Musa dijumpai Tok Guru dalam mimpinya. Kenapa perlu Tok Guru Nik Aziz jumpa dia ni banyak kali? Ini perlu juga analisis.

TAPI PELIK TAK ADA PUN MALAYSIAKINI NAK SIAR. Nak jadikan isu dalam akhbarnya. Itu kita boleh tahu 'hati perut' Malaysiakini.

Mimpi apa kata Islam??

Mimpi bukanlah sumber hukum syarak.
Begitu juga ilham, lintasan hati, Kashaf bukanlah sebahagian daripada dalil syarak. Ia tidak boleh diterima pakai kecuali memenuhi syarat tidak bertentangan dengan hukum-hukum agama dan nas-nasnya.

Namun tidak dinafikan bahwa kita manusia biasa boleh bertemu dengan Rasulullah walaupun hanya sekedar bermimpi. Karena hal ini telah sabdakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya :

Abu Hurairah Radhiyallahu anhu meriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “ Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sungguh ia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya setan tidak bisa menyerupai bentukku. Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka”. [HR Bukhรขri dan Muslim]
Soal betulkan Rasulullah s.a.w. yang dijumpai dalam mimpi kita kena membanding ciri-ciri bentuk tubuh Rasulullah s.a.w. sebagaimana diceritakan oleh para sahabat.

Apa kata Tok Guru Nik Abdul Aziz pasal mimpi jumpa Rasulullah s.a.w.
 
 
 

Tok Guru Nik Abdul Aziz menceritakan dalam pengetahuannya (bukan pengetahuan umum. bukan di war-warkan...) bahawa Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang telah bermimpi 3 kali jumpa Rasulullah s.a.w.

Dan Tok Guru berpesan ikut TGHH pada jalan Allah.
Malangnya yang heboh nak ikut Tok Guru Nik Abdul Aziz lawan Tok Guru Abdul Hadi. Tak mahu ikut apa kata TGNA.

Bukan sahaja lawan, tapi cuba 'hijack' TGNA kononnya di adalah mengikuti LEGASI NIK ABDUL AZIZ. Malu lebai mana nak letak muka, buat cerita bohong atas batang tubuh TGNA.


Share this article :
ZULZALLYZUKARNAIN

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Kalau tak masuk gelanggang nanti dikatakan pengecut. Bila masuk gelanggang dikatakan terlalu berani. Semua yang dibuat tidak kena. Tidak kena pada mata yang kecewa dan masih lagi kecewa. Tak perlu buat apa melainkan doakan yang terbaik untuk si kuciwa.

    BalasPadam
  2. husam baru bgn dr mimpi ni...tido lama sgt..

    BalasPadam
  3. Towkay video palsu dari parti kuali imayam putumayam ini suka mimpi 15 kali dan sembang mau lebat tapi habuk pun tarak !

    Kalau asyik mimpi 15 kali dan sembang lebat, ertinya towkay video tak buat kerja lah tu ! Dia hanya pandai faraid tanah hutan balak dengan dua pemimpin biaDAP yang bernama 'N' dan 'N' sehinggakan berlaku banjir besar di Ktn beberapa tahun yang lepas.

    Semua janjinya dalam parti Islam dulu telah lama ke laut ! Sebab itulah orang ramai tak respect towkay video !

    BalasPadam