Header Ads

ads header

Flash News

‘Saya jadi mangsa, tunggu kenyataan penuh’ kata Shafee Abdullah


KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dijangka didakwa atas pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram hari ini berkata apa-apa pertuduhan ke atasnya adalah tidak wajar.

Shafee, yang tiba di Mahkamah Sesyen kira-kira jam 11.20 pagi tadi, memberitahu pemberita beliau menjadi mangsa.

“Saya akan memberikan kenyataan penuh nanti,” katanya ketika diiringi ke dalam mahkamah.

Shafee berkemungkinan didakwa dengan 4 tuduhan pengubahan wang haram berhubung bayaran RM9.5 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jika disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), beliau boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun dan didenda tidak kurang 5 kali jumlah yang diterima.

Minggu lalu, seorang pegawai Jabatan Peguam Negara, Siti Rahayu Mohd Mumazaini mendedahkan satu afidavit mendakwa 2 cek dimasukkan ke dalam akaun bank CIMB Shafee pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Cek pertama dilaporkan bernilai RM4.3 juta sementara yang ke-2 bernilai RM5.2 juta. Kedua-dua cek dikeluarkan daripada akaun AmIslamic Bank Bhd milik Najib.

Rahayu berkata maklumat itu diperoleh apabila SPRM membekukan akaun bank Shafee semasa menyiasat peguam terbabit bagi kesalahan pengubahan wang haram.

Beliau berkata Shafee memfailkan afidavit di Mahkamah Tinggi tahun lalu yang mendakwa beliau tidak menerima wang tersebut.

Bagaimanapun Sabtu lalu, Shafee berkata bayaran RM9.5 juta daripada Najib adalah untuk perkhidmatan guaman kepada Umno dan parti komponen Barisan Nasional yang lain.

Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan untuk menggugurkan pensabitan liwat, mengatakan dia tidak diberi perbicaraan yang adil, dan mengatakan ada bayaran sehingga RM9.5 juta yang didakwa daripada Najib.

Pemimpin PKR itu berkata keputusan keputusan terdahulu oleh Mahkamah Rayuan pada 2014, yang mendapati beliau bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilakukan secara tidak berperlembagaan.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, dan menghantar Anwar ke penjara untuk menjalani hukuman 5 tahun.

MR : hebat kerajaan PH sesiapa yang boleh bongkar kejahatan mereka terus tuduh pengubah wang haram. Bila pula agaknya kerajaan PH nak buat operasi lalang tangkap pimpinan pembangkang, Mat Sabu, LGE dan Mahfuz mesti gelak bukan aku aje kena dengan atuk ni!!....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan