Header Ads

ads header

Flash News

Netizen Persoal Penahanan Peguam Shafee Abdullah


Rakyat Malaysia hari ini dikejutkan dengan berita penahanan peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah secara tiba-tiba di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Berita mengemparkan itu menyebabkan ruang maya media sosial Malaysia dihujani dengan pelbagai reaksi dan komen netizen yang membayangkan penahanan tersebut merupakan konspirasi pihak tertentu untuk menutup mulut peguam itu.

Ia berikutan beberapa hari lalu, Muhammad Shafee mendedahkan tentang Tun Dr Mahathir Mohammad yang bertegas mahu beliau dilantik sebagai pendakwa raya khas dalam rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Tun Dr Mahathir Mohammad yang menegaskan mahu melantik saya sebagai pendakwa raya khas dalam rayuan Anwar ini.

“Ini adalah kerana beliau tidak mempunyai keyakinan bahawa Jabatan Peguam Negara dapat mengendalikan rayuan secara cekap. Ini mungkin disebabkan Jabatan Peguam Negara pernah kalah dalam kes Liwat II di Mahkamah Tinggi serta di Mahkamah Persekutuan di dalam Liwat I,” kata Muhammad Shafee kepada media pada 8 September lalu.

Netizen turut mempertikaikan penahanan Muhammad Shafee dibawah AMLA kerana didakwa wujud unsur mencurigakan memandangkan beliau juga peguam bela kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes mahkamah yang dihadapi bekas Perdana Menteri tersebut.

Berikut antara komen-komen netizen Malaysia yang mempersoalkan tentang penahanan mengejut Muhammad Shafee oleh pihak berkuasa:

“Aik…,najib pun belum ada dakwaan berkaitan 1mdb, peguam dia kene dulu..,ni mesti mahathir benggang shafee dedah pasal desakan dia supaya jd pendakwaan kes anwar dulu,lepas tu tak bayar kat agensi guaman shafee..,jilaker betul mahathir ni..” – Mohd. Fairus



“Hahahaaa..ni lawak.yg mna yg tolong najib mesti dgn tiba2 ade kaitan dgn 1mdb.” – Mie Azmi



“Negara back 2 basic…dulu sapa bersuara lantang kritik madey & pentadbiran madey mesti kene cekup…ISA jln penyelesain nya…. Ini salah 1 jln penyelesain bg kes DSNR…jika peguam najib ini rekod nya sebelum ni sucsess dlm menjadi peguam bela dapat dijatuhkan hukum & memenjarakan beliau maka senang atuk & team tergolek kan DsnR..selagi ade nye insan bernama shafiee abdullah sebagai peguam bela DSNR ini terus menjadi peguam bela .maka atuk & team nya susah nk pusing mcm mne nk memenjara kan DSNR….” – Putra Zackry Bin Muhammad



“Baru jer borak ngan otai2 politik psl nie..pg nie dah dpt berita isu yg diborakkan..mmg tepat tekaan otai2 nie..blh baca strategi tun..sbb otai2 pernah hidup zaman tun..mrk tahu sgt2 tingkah laku..” – Fazree Milonario



“Sapa suruh petik nama Tun? Sekelip mata dah mendapat.. Gila sungguh politik Malaysia.. Rakyat sakit hati tengok kerajaan PH.. 5 tahun ni semua rakyat jadi gila duk tengok pwrmainan hangpa orang2 politik.” – Wahida Zakaria



Bagaimanapun, disebalik kritikan yang dilemparkan oleh ramai netizen terhadap penahanan tersebut, terdapat sebilangan netizen menyokong tindakan berkenaan.

“Apa lg peguam pun rasuah,” sindir pemilik akauan Facebook Voo Kin Chung.

“Curi duit rakyat loyar buruk,” kata Rajagopal Gopal.

“Tak lama giliran lebai akan didakwa jadi telor rasuah sudah boleh pecah la…,” kata Joey Law pula. – MYNEWSHUB.TV


MR : Makin hari makin nampak kerajaan PH adalah kerajaan zalim manakala Parti Islam Liberal AMANAH pula adalah PASU BUNGA dalam PH....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Boboi tak pernah pegang do-it 1Mdb. Tak der sebab untuk Atok Sprm nak sentuh Boboi. Mahal-nya-udin pun tak pernah pegang do-it 1 Mdb, Atok Sprm hanya boleh main bola sambil makan kuaci. Muah muah muah!

    BalasPadam
  2. ada beza antara dua kerja ini:

    bekerja untuk banteras iru dan ini dan

    lindung pembesar baru yang terkait dengan kebejatan

    persepsi di sini ialah

    pembesar baru dipagari supaya tak boleh disentuh

    itulah negara membangun

    BalasPadam
  3. welcome back to zaman atuk. Aku sorang je betoi, hangpa semua tak betoi

    BalasPadam